Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mandy Moore Sah Cerai...

PELAKON dan penyanyi Mandy Moore akhirnya bercerai dengan suaminya Ryan Adams selepas hampir...

Kemarau Teruk Landa Australia

MURRURUNDI, Australia – Kemarau teruk yang melanda kawasan padang ragut Australia mengakibatkan banyak...

Adik ‘Messi’ Ini Akan...

SEBELUM ini, kisah mengenai seorang budak lelaki berusia 5 tahun, Murtaza Ahmadi yang...

Jangan Ketepikan Rawatan Moden...

TAWAU - Golongan wanita di negeri ini diminta agar tidak mengetepikan kaedah rawatan...

Jun Hao Muncul Juara Remaja Asia

KUALA LUMPUR – Pemain badminton remaja negara, Leong Jun Hao muncul juara perseorangan lelaki dalam Kejohanan Remaja Asia, di Jakarta hari ini.

Remaja berusia 18 tahun itu bertungkus lumus dalam pertarungan selama satu jam 14 minit untuk menewaskan pemain China Bai Yupeng 21-6, 20-22, 21-17, di Jaya Raya Sports Hall Traning Center, menurut halaman keputusan rasmi laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) , bwf.tournamentsoftware.com.

Beliau menamatkan penantian negara untuk merangkul gelaran juara yang kali terakhir dimenangi oleh Soo Teck Zhi di edisi 2013 kejohanan di bawah 19 tahun itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Jun Hao yang merupakan pilihan keenam kejohanan mara ke final selepas menundukkan pemain Thailand, Kunvalut Vitidsam 19-21, 21-14, 23-21 dalam perlawanan separuh akhir, semalam. – BERNAMA

Kategori