Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Abu Kassim Berjaya Bawa...

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu...

Bintang Gusti Meninggal Dunia...

DIA adalah bekas bintang gusti popular WWE dan model Playboy serta berjaya menjadi...

Kes Kemalangan Di DUKE...

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap kes kemalangan yang membabitkan tiga kematian di Lebuhraya...

Zaid Memang Biadab, Sultan...

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan terhadap ahli DAP,...

Pendapatan Irwan Serigar RM2.94 Juta 2011-2018

KUALA LUMPUR – Jumlah keseluruhan pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dari Januari 2011 sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM2.94 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata jumlah gaji tersebut diterima ketika Mohd Irwan memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dari 31 Disember, 2010 dan jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan bermula 24 Ogos 2012 hingga 13 Jun 2018.

“Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 24 Ogos 2012 dan bersara wajib pada 6 Mac 2017. Beliau seterusnya telah dilantik ke dalam perkhidmatan kontrak mulai 7 Mac 2017 sehingga 6 Mac 2019.

“Bagaimanapun, perkhidmatan beliau telah disingkatkan kepada 13 Jun 2018. Jumlah keseluruhan pendapatan beliau dari Januari 2011 sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM2.94 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Kepong) bertarikh 23 Oktober 2018.

Sehingga Jun 2018, Mohd Irwan telah memegang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif/Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah dalam 23 buah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD),” katanya.


Antara syarikat MKD yang dianggotai Mohd Irwan adalah 1Malaysia Development Bhd sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif, Bandar Malaysia Sdn Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif), Khazanah Nasional Bhd (Pengarah), MyHSR Corp Sdn Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif) dan Wakala Global Sukuk Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif). – BERNAMA

Kategori