Julia Ziegler Sah Bergelar Isteri Jurutera

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Julia Ziegler yang selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Johan yang merupakan seorang jurutera kimia.

Pasangan mempelai disatukan di kediaman keluarga aktres tersebut di Kampung Baru, Kuala Lumpur tepat jam 11 pagi tadi.  Majlis dimeriahkan dengan kehadiran kaum keluarga dan saudara mara terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis itu, Julia atau nama sebenarnya, Julia Bob Fauzi Ziegler; 33, menerima mas kahwin berjumlah RM80 beserta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.

Pelakon kacukan Melayu-Amerika-Jerman itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah wang hantaran yang diterimanya.

Majlis resepsi meraikan pasangan mempelai baharu itu diadakan petang ini di lokasi yang sama. – MYNEWSHUB.CC

Kredit: Hvp Production

Loading...