Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Perlu Pendekatan Jelas Untuk...

KUALA LUMPUR - Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri...

Reman 2 Suspek Geng...

IPOH - Tempoh reman dua suspek dipercayai anggota kumpulan samun 'Geng Mamak' yang...

Pengguna Marah Pasaraya Tak...

BAGI kebanyakan rakyat Malaysia, beg plastik ialah suatu keperluan semasa membeli belah. Namun seperti...

‘Pakatan Nasional’ Hanya Spekulasi...

KUALA LUMPUR - Cakap-cakap mengenai penubuhan pakatan baharu politik yang digelar ‘Pakatan Nasional’...

Jualan Tiket ETS Dilanjutkan Sehingga 31 Jan 2019

KUALA LUMPUR – Jualan tiket perjalanan bagi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dibuka sehingga 31 Dis akan dilanjutkan sehingga 31 Jan 2019, menggunakan jadual waktu sedia ada.

KTMB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lanjutan tarikh jualan tiket itu berikutan kerja Projek Menaik taraf Infrastruktur dan Sistem Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang masih dalam fasa pelaksanaan​​.

“Perkhidmatan ETS masih mengekalkan jumlah perkhidmatan yang sama iaitu sebanyak 36 perjalanan sehari sementara tiket perjalanan bagi tarikh 1 hingga 31 Jan akan mula dibuka untuk jualan pada 17 Dis, pukul 8.30 pagi,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, lanjutan penjualan tiket dilakukan memandangkan landasan ETS berada di bawah projek KVDT dan apabila kerja-kerja naik taraf dijalankan, kekerapan tren dan jadual tren akan terjejas dan ia tidak dapat dielakkan.

“Perlu dijelaskan bahawa tren KTMB bukan saja melibatkan ETS tetapi meliputi komuter, Skypark dan kargo di mana semua perkhidmatan ini berjalan di atas trek yang sama. Jika ada laluan yang mempunyai satu landasan, mereka perlu mengambil giliran untuk lalu,” katanya.


Tambahnya, sekiranya kerja-kerja KVDT selesai, KTMB boleh mengeluarkan jadual waktu yang baharu dan kekerapan perkhidmatan juga boleh ditambah.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui sesawang rasmi KTMB, aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) atau di kaunter tiket KTMB.

Maklumat lanjut dan jadual perkhidmatan ETS boleh dirujuk di laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-2267 1200. – BERNAMA​

  • Lagi berita berkaitan:
  • ETS

Kategori