Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Pemandu Teksi Berkeras Uber...

KUALA LUMPUR: Lebih 100 pemandu teksi sekitar Lembah Klang berkumpul di Mahkamah Kuala...

Kanak-Kanak 8 Tahun Hilang...

KAJANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dilaporkan hilang selepas keluar bermain...

Umum Panglima Baharu ATM...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diterajui oleh panglima yang baharu...

Kibar Bendera Separuh Tiang,...

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negeri...

Jualan Peniaga Pasar Malam Rantau Kian Merosot

RANTAU – Sebahagian peniaga pasar malam di Pekan Rantau menyuarakan kebimbangan mengenai perniagaan mereka yang kian merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Tinjauan FMT di pasar malam berjarak 30 minit perjalanan dari Seremban itu mendapati, rata-rata peniaga mendakwa perniagaan mereka terjejas sejak kerajaan bertukar tangan, namun mereka tidak menyalahkan pentadbiran sekarang.

Peniaga sayur, Syamsur, 33, berkata beliau terbeban dengan keadaan kewangannya yang berpunca daripada perniagaan yang tidak berjalan lancar sejak kebelakangan ini.

Katanya, jualannya dahulu boleh mencecah hingga RM800 bagi 1 malam. Namun kini, dia sukar memperoleh RM200 sehari.

“Tomato dulu sebiji atau 2 biji boleh jual 50 sen. Sekarang, paling kurang RM1 sebiji.

“Pelanggan macam biasalah, mereka merungut mengatakan kita jual mahal. Sedangkan harga barang memang naik,” katanya yang meniaga sayur-sayuran lebih 8 tahun.

FMT dimaklumkan, terdapat lebih kurang 80 gerai di tapak pasar malam tersebut yang menjual pelbagai jenis barangan daripada makanan, minuman sehinggalah barangan keperluan lain.

Peniaga makanan, Nisa, 33, berkata, modalnya terganggu selepas pengenalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Sebelum ini, saya beli 1 karton cawan plastik berharga RM168. Tetapi sekarang, ianya berharga RM216.

“Bezanya lebih kurang RM48, sedangkan ketika GST (cukai barangan dan perkhidmatan), kenaikan harga hanya lebih kurang RM16,” katanya.

Nisa bagaimanapun tidak mahu mempolitikkan isu tersebut.

“Saya tidak kisah sesiapa pun yang memerintah, asalkan perjalanan perniagaan kami tidak menyeksakan. Sesiapa boleh berpolitik, tapi siapa yang nak bagi kita makan?” katanya.

Kenyataan Syamsur dan Nisa senada dengan Mat, 47, yang meniaga apam balik sejak 7 tahun lalu.

Selain apam balik, Mat turut menjual lemang dan kuih bakar mengikut permintaan pelanggan di lokasi perniagaan yang berbeza.

Katanya, beliau “terseksa” kerana jumlah modal yang naik mendadak sejak beberapa bulan lalu.

Tambahnya, sepanjang menceburi bidang perniagaan itu, beliau tidak pernah menaikkan harga kerana risau pelanggannya akan lari dan tidak lagi membeli juadahnya.


“Dulu setakat naik beberapa ringgit. Sekarang naik lebih RM40. Kalau dulu jualan 1 malam boleh dapat RM500, untung sahaja dekat RM300.

“Sekarang, jual RM500, itulah jualan itu jugalah untung,” katanya.

FMT turut mendapatkan respon pengunjung pasar malam.

Seorang suri rumah mahu dikenali sebagai Kak Siti, 55, mengakui harga barangan mulai naik sejak peralihan kerajaan pusat.

Bagaimanapun, beliau berkata, dia masih mampu menampung perbelanjaan barangan dapur keluarga yang dibeli secara bulanan.

“Setakat ini saya masih boleh beli lagi bekalan barangan dapur. Kira-kira sebanyak RM500 digunakan sebulan untuk membeli barangan basah dan kering,” katanya.

Beliau berkata, dia dan suami tidak pernah mempersoalkan isu tersebut kerana memahami keadaan ekonomi negara yang sedang dipulihkan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

“Kalau dia (Mahathir) boleh membantu kita, mengapa tidak, kita bertimbang rasa dan memberinya peluang untuk memulihkan keadaan. Mereka masih baru,” katanya.

Berbeza pula dengan seorang pekerja swasta yang enggan dinamakan, berkata rakyat harus bijak merancang perbelanjaan dalam situasi ekonomi sekarang.

Beliau yang juga ibu kepada 3 anak menjelaskan sesebuah keluarga harus memainkan peranan penting dalam menguruskan kewangan.

“Bukan sahaja barang di pasar malam naik harga, semuanya naik. Apa yang tak naik? Insurans naik dan harga minyak tak tentu harga.

“Silap langkah, boleh menjejaskan kedudukan keluarga. Oleh itu, kena hati-hati merancang,” katanya. – FMT

Kategori