Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kad UNHCR Warga Myanmar...

KUALA LUMPUR - Pengeluaran kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang...

Polis Ulangi Nasihat Jangan...

KUALA LUMPUR : Polis mengulangi nasihat agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan dinamakan...

VIDEO: Ngeri!! Pembantu Rumah...

Sangat ngeri.. video memaparkan seorang wanita Indonesia berambut panjang mengurai mati tergantung kini...

Wanita Mengandung Maut Dipatuk...

TRAGEDI menimpa seorang wanita yang sedang hamil apabila dia dipatuk ular, hingga maut....

Jualan Julai Proton Cecah 8,102 Unit, Tertinggi 30 Bulan

KUALA LUMPUR – Proton telah menjual sebanyak 8,102 kereta pada Julai 2018, naik 31 peratus dari Jun berikutan penetapan kadar sifar ke atas Cukai Barang dan Perkhidmatan sebelum memasuki fasa perlaksaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September depan.

Proton Holdings Bhd dalam satu kenyataan, berkata penyambungan semula dalam aktiviti eksport oleh pengeluar kereta nasional itu juga telah merangsang pertumbuhan.

“Julai menjadi bulan terbaik Proton kerana kami telah mencapai jumlah terbanyak, yang bukan sahaja positif untuk 2018 tetapi merangkumi tempoh 30 bulan lepas.

“Kami berharap dapat meneruskan momentum ini walaupun selepas perlaksanaan SST memandangkan kami sedang bersedia untuk pelancaran SUV pertama kami dalam tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Proton, model Saga dan Persona terus mendahului jualan, dengan Saga melepasi jualan 3,000 unit buat pertama kalinya pada 2018.

Persona juga mencapai tahap tertinggi bagi tahun ini selepas lebih 2,221 jualan direkodkan, ini kali pertama jualannya mencecah 2,000 unit sejak Mei 2017.

Bahagian jumlah keseluruhan industri (TIV) Proton meningkat kepada 11.7 peratus pada bulan Julai berbanding dengan 9.6 peratus yang dicatatkan semasa Jun lepas, menurut angka yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia.


Untuk eksport, Proton telah menghantar 517 kereta pada Julai, dengan jangkaan lebih banyak penghantaran sebelum akhir tahun ini.

“Syarikat itu yakin dapat mencapai sasaran jualan eksport untuk 2018, yang akan bertindak sebagai batu loncatan bagi penjualan lebih banyak kereta di peringkat antarabangsa pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, sumbangan Proton kepada Tabung Harapan Malaysia meningkat kepada RM81,020 pada bulan Julai berbanding hanya RM61,730 yang disumbangkan pada bulan sebelumnya. – BERNAMA

Kategori