Jualan iPhone Perlahan, Apple Susut Pendapatan

SYARIKAT teknologi gergasi Apple mengalami penyusutan pendapatan buat pertama kali dalam tempoh satu dekad.

Ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Tim Cook mendakwa penurunan jualan iPhone di China menjadi antara penyebab utama kejatuhan itu.

Malah katanya, mereka turut berdepan dengan jualan peranti iPhone yang begitu perlahan.

Perolehan pada Disember mencatatkan penurunan 4.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Di China pula, Apple mengalami penurunan sebanyak 26 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Laporan perolehan itu dikeluarkan sejurus Cook memberi bayangan bahawa mereka akan menurunkan jangkaan keuntungan untuk 2019, baru-baru ini.

Ia merupakan yang pertama seumpamanya sejak tahun 2002 dan dikatakan berlaku kerana China adalah pasaran telefon pintar terbesar di dunia.

Dalam pada itu, Apple menjangkakan perolehan sekitar AS$55 bilion (RM225 bilion) untuk suku berakhir Mac ini, rendah berbanding anggaran AS$58.83 bilion (RM241.47 bilion). – Daily Mail

Loading...