Jualan iPhone Jatuh, Pembekal Kurang Kos Operasi

SYARIKAT pemasang iPhone terbesar, Foxxcon Technology Group akan mengurangkan perbelanjaan sebanyak hampir separuh tahun depan akibat kesan penurunan permintaan terhadap iPhone.

Foxxcon menjadi pembekal terbaru Apple yang terpaksa mengurangkan operasi akibat permintaan terhadap produk terkenal itu.

Kontraktor perkilangan itu mensasarkan pemotongan belanja sebanyak AS$2.9 bilion pada 2019 dalam menghadapi “tahun yang sukar dan mencabar,” menurut memo dalaman syarikat itu.

Perbelanjaan syarikat itu sejak 12 bulan lalu ialah sekitar AS$6.7 bilion.

Foxxcon mengatakan penilaian semula itu sesuatu yang biasa dilaksanakan tetapi mengakui bahawa mereka perlu menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran baharu.

Bisnes Foxxcon berkaitan iPhone perlu mengurangkan perbelanjaan sebanyak 6 bilion yuan tahun depan, dan syarikat itu juga bercadang mengurangkan kakitangan bukan teknikal sebanyak 10 peratus.

Keputusan ini menambahkan lagi suasana kelam berkaitan Apple dan pembekal iPhone, produk paling penting syarikat besar Amerika Syarikat ini.

Minggu lalu sahaja, empat syarikat pembekal di tiga benua mengurangkan jangkaan keuntungan mereka akibat kelemahan permintaan dalam pasaran. – Bloomberg

Loading...