Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Pelajar Dihalau Pakai...

HEBOH terutama di portal-portal berita dan blog tentang satu kes yang menimpa seorang pelajar...

MB Kedah Singgah Bantu...

ALOR SETAR - Meskipun dalam perjalanan menghadiri majlis penting di Sungai Petani, Menteri...

Terlalu Besar, Wanita Ini...

SEORANG ibu dengan tiga anak dilaporkan melakukan pembedahan pembuangan implan payudara sendiri di...

Kerajaan Berusaha Selesaikan Isu...

PETALING JAYA - Kerajaan berusaha mencari langkah untuk menyelesaikan isu penurunan ringgit memandangkan...

Jualan Akhir Tahun Shopee Kini Kembali

KUALA LUMPUR – Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, melancarkan ‘Shopee 11.11 Big Sale’, pesta beli-belah dalam talian setelah kejayaan luar biasa Shopee 9.9 Super Shopping Day bulan lepas.

Promosi lebih besar dan menarik secara terus-menerus itu bermula hari ini hingga 11 Nov, termasuk tawaran tanpa Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) daripada jenama terkemuka, dengan tawaran lebih 1,000 produk, kempen harian selama tiga minggu, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11.

Selain itu, terdapat juga tawaran syiling Shopee bernilai RM1.1 juta untuk dimenangi menerusi permainan dalam aplikasi Shopee Shake.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata Shopee menjalin pakatan dengan lebih 50 jenama utama termasuk L’Oreal, Universal Traveller, Siti Khadijah, Vivo, Tefal dan Maybelline untuk menyerap kos SST, yang membolehkan pengguna menambah penjimatan.

“Kami berbangga untuk berdiri teguh bersama 50 jenama tempatan terkenal untuk mengecualikan SST bagi Shopee 11.11 Big Sale.

“Di samping itu, kami telah bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk peniaga, rakan jenama serta penyedia perkhidmatan logistik dan pembayaran untuk membawakan tawaran luar biasa dan pengalaman beli-belah tiada tandingan pada musim beli-belah hujung tahun ini,” kata Ho pada majlis pelancaran semalam.

Shopee juga bekerjasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan membawa pereka tempatan menjual produk mereka di platform termasuk Tarik Jeans, Poplook, JTNC oleh Justin Chew, dan MIKASERIES oleh Zoey Rahman.


Tawaran istimewa juga bagi produk selebriti oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Emma Maembong dan Izara Aishah.

Shopee telah meningkatkan lagi kerjasama dengan peserta utama daripada pelbagai industri seperti Digi, Pizza Hut, MBO Cinemas, Traveloka, FPX, Standard Chartered dan banyak lagi pada 11.11.

“Dengan pelbagai promosi yang tiada tandingan dan ciri-ciri menarik yang dilancarkan berasaskan maklum balas dan permintaan pengguna, Shopee 11.11 Big Sale menekankan komitmen berterusan Shopee untuk membawakan pengalaman beli-belah dalam talian terbaik kepada pengguna di rantau ini. Kami menjemput semua pembeli untuk bersama-sama merebut tawaran hebat di Shopee 11.11 Big Sale,” tambah Ho.

Maklumat lanjut mengenai jualan itu boleh didapati dengan melayari www.shopee.com.my/1111 atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma melalui App Store atau Google Play. –BERNAMA

Kategori