Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi...

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai...

PAS Sambut Baik Anugerah...

KUALA LUMPUR - PAS menyambut baik penganugerahan khas Maal Hijrah sempena Sambutan Maal...

Lynas Terima Lampu Hijau...

PETALING JAYA - Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah memberi lampu hijau supaya...

Malaysia Belum Putuskan Isu...

PUTRAJAYA - Malaysia belum membuat sebarang ketetapan mengenai vaksinasi Covid-19 terhadap kanak-kanak berumur...

Jual Hotel Andaz, Sekelip Mata Legasi KTM Di Singapura Lenyap

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sedih dengan penjualan Hotel Andaz Singapura oleh kepada syarikat Singapura pada harga RM1.45 bilion semalam.

Hotel ini adalah sebahagian dari projek DUO yang terletak di kawasan Pusat Bandar Baru (CBD) Singapura yang sedang pesat membangun. Projek DUO pula telah dijual pada bulan Julai dengan harga RM4.7 bilion.

Menurutnya, dengan penjualan hotel dan projek DUO ini, kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya telah melenyapkan sebahagian dari legasi pemilikan tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura.

Najib berkata, proses untuk mendapat dan membangunkan tanah-tanah ini pada tahun 2010 bukan mudah kerana ada perundingan dua hala antara negara.

“Ada pertengkaran antara negara bernilai RM4.5 bilion di Mahkamah Antarabangsa yang kita menang.

“Tetapi dijual balik kepada negara Singapura oleh kerajaan PH dalam masa sekelip mata sahaja,” katanya yang mengulas penjualan aset itu oleh Khazanah Nasional Berhad.


Hotel 5 bintang Andaz adalah antara hotel paling mewah di Singapura pada masa kini manakala semua bangunan-bangunan di DUO towers pula menikmati penempatan penuh setelah berjaya disewa keluar kepada syarikat-syarikat antarabangsa terkenal seperti Abbott Laboratories Inc., Chevron Corp. dan Mastercard.

Tegas Najib, aset-aset ini sepatutnya disimpan untuk memberi pulangan tahunan bagi jangka panjang kepada negara.

“Tapi dijual pula demi mengaut sedikit keuntungan untuk tahun ini,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Kategori