Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Mesin ATM Diletup, RM260K...

DUNGUN - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini diletup...

Mayat Kembung & Berulat...

Penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah longkang di Jalan Minyak Beku, Kampung Petani...

Siasat Murid Sekolah Agama...

Johor Bahru - Jabatan Agama Johor (JAJ) memandang serius berkaitan sebaran gambar di...

Azmin Bincang Tubuh Parti...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat hari ini, Datuk Seri...

JPN Lapor Polis Penulis Blog Sebar Maklumat Palsu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung penularan gambar di media sosial yang mendakwa pejabatnya di Putrajaya diserbu pendatang asing untuk mendapatkan status kewarganegaraan.

Laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap penulis blog dan pemilik akaun facebook berkenaan, kata JPN dalam satu kenyataan.

“Tuduhan yang dibuat boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian negara.

“Gambar-gambar yang disebarkan merupakan gambar sekumpulan pelanggan yang hadir ke JPN Putrajaya pada 19 Julai lepas yang dibantu oleh unit khas Kerajaan Negeri Selangor, MySel,” katanya.

JPN membuat laporan polis berhubung penularan gambar di media sosial yang mendakwa pejabatnya di Putrajaya diserbu pendatang asing untuk mendapatkan status kewarganegaraan.

Blog berkenaan antara lain mendakwa pejabat JPN Putrajaya sesak selepas 55,000 pendatang bakal menjadi warganegara.


Mengulas lanjut JPN memaklumkan individu yang gambarnya disertakan dalam blog berkenaan merupakan orang awam dari Pulau Ketam yang mempunyai pelbagai urusan berkaitan pendaftaran.

Ini termasuklah permohonan kad pengenalan serta kelahiran dan tidak terhad kepada permohonan kewarganegaraan sahaja.

“Pelanggan-pelanggan tersebut terdiri daripada warga emas dan juga mereka yang mempunyai kesukaran untuk hadir sendiri ke pejabat-pejabat JPN bagi urusan pendaftaran,” tambah kenyataan itu lagi.

JPN turut menegaskan bahawa permohonan bagi mendapatkan kewarganegaraan hanya diberikan kepada mereka yang layak sahaja dan penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada warga asing dan tidak diberikan sewenang-wenangnya. – Astro Awani

Kategori