Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Akibat Tindakan MB Johor,...

TUNDA... Mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Menteri Bersama bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadual pada...

LTA Kendali Lapang Sasar...

LANGKAWI - Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) mengambil alih pengendalian lapangan sasar golf awam...

Shaheizy Sam Jaga Batas...

SESUATU karya pasti akan memberi impak yang extra apabila barisan pelakon dapat menghayati...

Penganjur Baharu Yakin LTdL...

KUALA LUMPUR - Penganjur baharu perlumbaan jelajah berbasikal terunggul Asia, Le Tour de...

Jong-Un Umum Henti Ujian Nuklear Dan ICBM

SEOUL – Semua ujian nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) tidak akan dilaksanakan lagi di Korea Utara.

Media rasmi negara rejim komunis itu hari ini melaporkan, pengumuman penting berkenaan dibuat oleh ketua mereka sendiri, Kim Jong Un.

Serentak dengan itu, Jong Un turut memerintahkan penutupan tapak ujian atom milik Korea Utara.

Deklarasi terbabit yang sekian lama dinantikan Amerika Syarikat (AS) dianggap amat penting dari aspek hubungan diplomatik ke atas Semenanjung Korea serta negara lain di sekitarnya.

Ia dibuat kurang seminggu sebelum Jong Un dijadualkan bertemu pemimpin Korea Selatan, Moon Jae In dalam sidang kemuncak Zon Bebas Tentera yang memisahkan kedua negara dan Presiden AS, Donald Trump.

“Memandangkan aspek persenjataan senjata nuklear ini telah disahkan, kita tidak perlu lagi melaksanakan sebarang ujian nuklear atau melancarkan ujian peluru berpandu jarak sederhana, jarak jauh atau ICBM.

“Misi ujian nuklear Korea Utara telah berjaya disempurnakan,” katanya pada perhimpunan jawatankuasa pusat Parti Pekerja, seperti dilaporkan agensi berita KCNA.


Pyongyang di bawah pemerintahan Jong Un telah melaksanakan pembangunan pesat program senjata, menyebabkan negara itu dikenakan sekatan.

Antaranya oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), AS, Kesatuan Eropah, Korea Selatan dan beberapa negara lain.

Tahun lalu negara berkenaan melancarkan ujian nuklear keenam yang dianggap terkuat dan terbesar setakat ini serta melancarkan ujian peluru berpandu berkeupayaan untuk terbang sehingga ke bahagian utara Amerika. – AFP/BH ONLINE

Kategori