Jong-nam: Vietnam Harap Malaysia Bebaskan Rakyatnya

HANOI – Vietnam mahu Malaysia membebaskan rakyatnya yang terbabit dengan pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan pada Khamis.

Permintaan itu disuarakan Menteri Luar, Pham Binh Minh menerusi perbualan telefon dengan Menteri Luar Malaysia, Saifuddin Abdullah pada Selasa.

Minh berharap Malaysia dapat “memastikan perbicaraan yang adil dan melepaskan Doan Thi Huong,” lapor akhbar harian Vietnam News.

Huong, 30, dan Siti Aisyah dari Indonesia bersama 4 lagi yang masih bebas didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pukul 9.00 pagi, 13 Februari 2017.

Pada Isnin Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah selepas 2 tahun ditahan.

Loading...