Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Najib Tiba Di Jakarta...

JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Jakarta hari...

Saksi: Kebakaran Di ICU...

JOHOR BAHRU - Suasana kelam-kabut dan asap tebal yang menyelubungi Wad Neurologi akibat...

Fitnah: Presiden Brazil Saman...

RIO DE JANEIRO - Presiden Brazil Michel Temer akan mendakwa pemilik syarikat pembungkusan...

Wong Mulakan Tugas Sebagai...

BALAKONG - Baru sahaja diumumkan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Kini Di Tempat Ke-3, Jom Undi Faiz Untuk Gol Cantik FIFA!

IMPIAN rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak tanah air untuk melihat satu-satu wakil pemain bola sepak negara menerima anugerah unggul gol tercantik FIFA, Puskas 2016 mungkin akan tercapai.

Ini kerana kedudukan semasa hasil undian terkini di laman sesawang rasmi FIFA menunjukkan nama Mohd Faiz Subri kini berada di tempat ketiga dengan 15 peratus undian.

Kini Di Tempat Ke-3, Jom Undi Faiz Untuk Gol Cantik FIFA!

Kedudukan pemain berusia 29 tahun itu kini tidak jauh di belakang bintang Barcelona, Lionel Messi (19%) dan pemain tengah Spain, Mario Gaspar (17%) .

Jadi, ayuh peminat bola sepak negara jalankan tanggungjawab anda untuk mencerahkan peluang beliau memenangi anugerah tersbut dengan mengundi di laman web Fifa bermula hari ini sehingga 2 Disember ini.

Anda hanya perlu klik di sini atau terus melawat laman sesawang www.fifa.com bagi membuat undian selain anda juga boleh melihat beberapa jaringan gol cantik daripada pemain-pemain handalan dunia lain.


Hanya tiga gol terbaik dari undian ini akan dipilih ke peringkat akhir yang akan diumumkan kelak.

Jadi, sebarkan dan share berita ini kepada rakan-rakan anda untuk mengundi gol cantik ilham Faiz Sabri ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori