Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Keberadaan Bekas PM Thailand...

BANGKOK – Seminggu sudah berlalu sejak bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra menghilangkan diri...

“Saya Nak Pulang Ke...

ORANG kata malang tidak berbau dan kemalangan jalan raya boleh dielakkan jika pengguna...

Biografi Azizulhasni: Sam Jadi...

FILEM biografi tentang jaguh keirin, Azizulhasni Awang bakal mengambil giliran selepas tayangan filem...

Tidak Akan Tarik Balik...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor tidak akan tarik semula elaun dan pejabat yang...

Jokowi Suka Fenomena ‘Om Telotet Om’ Tetapi Polis Larang

JAKARTA – Fenomena ‘Om Telolet Om’ di mana masyarakat meminta pemandu bas dan lori membunyikan hon berirama sebagai hiburan untuk mereka, turut mendapat reaksi Presiden Joko Widodo.

Media dalam talian memetik Presiden Indonesia yang lebih dikenali dengan nama Jokowi itu berkata, fenomena tersebut adalah satu cara rakyat mencari hiburan secara sederhana dan merasa bahagia mengenainya.

“(Om Telolet Om) sebuah kesederhanaan, sebuah kesenangan, sebuah kebahagiaan dari rakyat untuk memperoleh sebuah hiburan atau hobi, saya kira sangat bagus,” katanya.

Fenomena yang bermula di Indonesia itu kini dilaporkan telah berjangkit ke seluruh dunia apabila ia menjadi viral di media sosial menerusi video orang awam terutamanya golongan remaja memegang kad besar di tepi jalan dengan tulisan ‘Om Telolet Om’ yang bermaksud ‘Pakcik bunyikan hon berirama pakcik’.

Jokowi berkata fenomena ‘Om Telolet Om’ adalah bukti kekuatan pengaruh media sosial dalam kalangan rakyat seluruh dunia sehingga sesuatu aktiviti di sesebuah negara boleh menjadi ikutan di negara lain.

Namun, ‘kegilaan’ itu mendapat reaksi berbeza daripada polis yang tidak setuju atas alasan terdapat kenderaaan yang menggunakan hon berirama secara melampau, bukannya menggunakan hon yang mengikut standard speksifikasi kenderaan.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia, Martinus Sitompul berkata, fungsi hon ialah untuk memberi isyarat secara berbunyi dan fenomena ‘Om Telolet Om’ itu menyebabkan hon dibunyikan tanpa sebab.

Katanya peraturan hon kenderaan yang ditetapkan menyebut ia harus digunakan secara tidak mengganggu konsentrasi pemandu lain.

Beliau berkata, mengikut Perkara 279 Undang-undang Lalulintas dan Angkutan Jalan Nombor 22 Tahun 2009, pemandu kenderaan yang menganggu keselamatan lalu lintas boleh dihukum penjara dua bulan dan denda tidak melebihi Rp500,000 (RM161).


Martinus berkata, polis akan memberi peringatan kepada pemandu bas yang menggunakan hon berirama dan tidak teragak-agak mengeluarkan saman jika mereka terus melanggar arahan.

Katanya selain itu perbuatan kanak-kanak yang menunggu bas di tepi jalan untuk mendengar hon berirama tersebut juga adalah berbahaya kerana boleh mengakibatkan kemalangan.

Polis di daerah Kediri Kota di Jawa Timur pula telah mengeluarkan larangan kepada semua pemandu bas membunyikan hon berirama itu.

Ketua Polis Trafik Kediri Kota, Mohamad Amirul Hakim berkata bunyi hon berirama itu dianggap mengganggu pengguna jalan dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Katanya polis telah menemui pengusaha bas dan pengeluar hon berirama bagi memberi penerangan mengenai larangan penggunaan hon seperti itu di daerah berkenaan.

“Hasil perjumpaan dan perbincangan yang dilakukan, pengusaha bas bersetuju untuk tidak menggunakan hon berirama dalam bas mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori