Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tidak Bijak Keluar KWSP...

PETALING JAYA : Cadangan mengeluarkan wang persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) paada...

Tenis: Andy Murray Mara...

CINCINNATI - Pemain Britain, Andy Murray layak ke peringkat 16 terakhir kejohanan tenis...

Aishwarya Rai Kembali Berlakon...

  MUMBAI – Selepas lima tahun ‘menyepi’ daripada dunia lakonan di India secara sepenuh...

Rundingan Damai Selatan Thai...

BANGKOK – Setelah menempuh pelbagai ranjau dan duri selama lebih tiga tahun, rundingan...

Johor Pertama Siri Jelajah SSM-ONE Buat Usahawan Online

SELEPAS dapat sambutan hangat ramai usahawan dalam talian sekitar ibu negara Jun lalu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mula aktif jelajah bagi mempromosikan lagi SSM ONE (Online Networking Entrepreneurs) di luar Lembah Klang.

Kali ini Johor muncul negeri pertama program siri kempen jerayawara SSM-ONE  selepas ia mula diadakan buat julung kali di The Curve, Damansara, Selangor pada 4 dan 5 Jun lalu yang menerima maklum balas luar biasa masyarakat.

Bakal diadakan di Pasir Gudang, Johor Bahru dari 2 hingga 3 Oktober, Johor menurut Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abdul Wahab dipilih kerana ia merupakan negeri paling ramai peniaga online dan aktif di Malaysia masa ini.

Beberapa gerai agensi kerajaan turut disediakan pada program SSM-ONE yang pernah diadakan baru-baru ini.

“Kebetulan ramai usahawan dalam talian berasal dari Johor dan peluang menerusi SSM-ONE bakal mendedahkan bukan sahaja program berbentuk ilmiah, malah bantu pengusaha online selari peredaran zaman,” katanya kepada MYNEWSHUB.

Selain dapat mengumpulkan komuniti usahawan atas talian, SSM-ONE menjadi wadah terbaik buat peniaga terbabit untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini dan info bantuan pembiayaan berkaitan perniagaan seperti skim geran dan pinjaman.

Program di Johor turut bakal memperkenalkan ‘ikon’ SSM-ONE yang merupakan usahawan muda dan kebetulan selebriti terkenal tanah air bagi memberi inspirasi contoh kepada peniaga online bertukar-tukar idea serta berkembang lebih berjaya.


Baca: SSM-ONE Berjaya! – Platform Terbaik Buat Peniaga Online

Sekitar gerai jualan usahawan online pada program SSM-ONE yang pernah diadakan di Damansara baru-baru ini.
Sekitar gerai jualan usahawan online pada program SSM-ONE yang pernah diadakan di Damansara baru-baru ini.

Di samping itu, SSM-ONE juga mengandungi sesi Table Talk bersama beberapa agensi kerajaan terlibat antaranya Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

SSM-ONE turut mendapat kerjasama rapat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana umumnya sebahagian besar peniaga dalam talian di Malaysia adalah golongan Hawa yang menjadikan kerjaya itu sebagai punca rezeki.

Pada masa sama, SSM-ONE juga memberi penerangan kepada golongan usahawan online tentang kepentingan mendaftarkan perniagaan, menggalakkan orang ramai menceburi bidang keusahawanan dan meningkat pertumbuhan ekonomi negara.

Kepada semua peniaga dalam talian di Johor, ayuh bersama-sama memeriahkan lagi program SSM-ONE yang bakal diadakan pada bulan depan, selain merebut pelbagai peluang menarik disediakan sepanjang kempen jerayawara itu. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori