SENATOR John McCain, bekas tahanan perang Vietnam yang bertanding sebagai calon Presiden Republikan Amerika Syarikat (AS) pada 2008 dan menjadi pengkritik tegar Donald Trump, meninggal dunia pada usia 81 tahun.

McCain, seorang senator dari Arizona selama lebih tiga dekad, berjuang melawan penyakit glioblastoma, sejenis kanser otak agresif, ditemui doktor pada Julai 2017. Beliau juga pernah menjalani pembedahan untuk jangkitan dalaman pada April lalu.

Satu kenyataan daripada pejabatnya berkata: “Senator John Sidney McCain III meninggal dunia jam 4.28 petang pada 25 Ogos 2018. Beliau meninggal dunia di sisi isterinya, Cindy dan keluarga. Sehingga kematiannya, beliau berkhidmat untuk Amerika Syarikat dengan setia selama 60 tahun.”

Tiada butiran lanjut diberi.

“Saya amat sedih. Saya bertuah hidup bersama seorang lelaki lasak selama 38 tahun. Beliau meninggal dunia dikelilingi keluarga tersayang, di tempat paling disukainya,” tulis Cindy McCain di Twitter. – Reuters/myMetro Online

Loading...