Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Adenan Pertahan Taib Pada...

PUTRAJAYA - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menyelar pertubuhan...

SAM Mahu MOM Teruskan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mendesak barisan kepimpinan baharu Majlis...

Seorang Maut, Seorang Cedera...

KUCHING - Seorang pemandu wanita maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan...

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada...

Kuala Lumpur : Isu lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat...

Johan Risau Zizan Masih Belum Kahwin Lagi

ARTIS berbakat besar Zizan Razak mengakui sahabatnya Johan Raja Lawak risau melihat dirinya yang masih membujang hingga ke hari ini.

Pemilik nama penuh Mohd Razizan Abdul Razak, 33, itu berkata Johan yang juga pelawak, pengacara dan penyampai radio itu yakin kehidupannya akan lebih teratur apabila beristeri kelak.

“Johan pernah memberitahu tidak mahu melihat saya solo sampai ke sudah. Dia yakin kehidupan saya akan lebih teratur dengan adanya isteri di sisi.

“Nak buat macam mana, apabila bercakap mengenai jodoh, semua ini urusan Allah. Saya berserah dan setakat ini saya masih solo,” katanya kepada portal BH Online.

Menurut Zizan, sementara masih mencari jodoh yang sesuai untuk dinikahi, dia mahu fokus terhadap karier selain menjadi insan yang lebih baik.

Zizan yang suatu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan awek-awek cun seperti Juliana Evans (baru berkahwin Ahad lalu) dan Emma Maembong (kini bahagia di samping Kamal Adli) itu dikatakan kini sedang rapat dengan seorang lagi aktres cantik iaitu Mira Filzah.


Mereka berdua yang mulai rapat sejak bergandingan bersama menerusi sebuah drama terbitan Astro Citra iaitu Jula Juli Bintang Cinta dikatakan sering keluar bersama selain dilihat berpakaian sedondon.

Bagaimanapun, kedua-duanya masih menguncikan mulut tentang status sebenar hubungan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori