Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hadiah Terakhir Untuk Ibu...

"DIA memang seorang anak yang baik dan suka menghadiahkan barangan kepada saya dan...

Jumpa Ex Dengan Kekasih...

BERJUMPA dengan bekas kekasih boleh menjadi detik yang menyesakkan dada dan menimbulkan situasi...

PRN Melaka: Netizen Marah...

PETALING JAYA – Orang ramai yang menyaksikan siaran langsung keputusan Pilihan Raya Negeri...

Bill Cosby Dipenjara 3...

NORRISTOWN - Ikon televisyen Bill Cosby dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga tahun semalam...

Joe Terus Kunci Mulut Punca Keluar Wings

KUALA LUMPUR – Bekas gitaris kumpulan Wings iaitu Joe mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut punca dia mengambil keputusan keluar daripada kumpulan rock legenda itu.

Joe berkata, apa yang terjadi antara dia dengan ahli kumpulan itu biarlah hanya mereka sahaja yang mengetahui.

“Sama ada saya undur diri atau dibuang dari kumpulan Wings, biarlah antara kami sahaja yang tahu.

“Saya sentiasa sokong Wings dari jauh malah mendoakan mereka sukses, tiada istilah perpecahan dalam persahabatan,” katanya kepada mStar Online.

Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Khadir ditemui pada sidang media ‘Live Showcase: Prime Domestic-Sunday Nite Live’ yang diadakan di House Restaurant, G Tower, di sini, pada Rabu.

Joe (tengah) bersama kumpulan Prime Domestic.

Joe Wings mula aktif dalam arena seni sejak tahun 1986.

Turut diperkenalkan, barisan anggota kumpulan Prime Domestic yang dianggotai Joe sendiri iaitu bekas gitaris Search iaitu Hillary Ang, Gee (bes), Aweera (vokalis) dan Ainoll (pemain dram).


Prime Domestic ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Joe yang pada asalnya hanyalah sebuah ‘projek band’ berkongsepkan ‘superground’.

Joe berkata, hasil perbincangan dengan Hillary, mereka merasakan perlu serius untuk menjadikan kumpulan ini seperti pemuzik arus perdana lain dalam usaha melepaskan ‘rasa’ dan idea baru yang tidak dapat mereka lakukan ketika bersama kumpulan masing-masing.

Dalam pada itu mengenai persembahan pada 2 April depan, ia akan diadakan di House Restaurant, G Tower, di sini berkonsepkan ‘Sunday Nite Live’.

Tiket-tiket berharga RM50 boleh didapati terus di lokasi persembahan. – mStar Online

Kategori