“Job Masih Ada, Cuma Saya Kurang Berlakon” – Didie

LAWAKNYA yang bersahaja di dalam setiap lakonan sering menjadi pujian dan kesukaan para penonton.

Namun, akibat sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, ramai yang menganggap bahawa Didie Alias sudah ‘bersara’ daripada dunia seni.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah [email protected], mengakui bahawa sehingga kini dia masih lagi menerima tawaran lakonan namun tetap memilih untuk mengurangkan aktiviti seninya sahaja.

“Ramai yang bertanya mana saya menghilang tetapi sebenarnya saya ada sahaja cuma sibuk dengan perkara lain.

“Saya masih menerima tawaran lakonan tapi memilih untuk menghadkan aktiviti lakonan kerana ingin memberi fokus untuk menguruskan festival.

“Saya harus memberi perhatian penuh kepada festival tersebut memandangkan program itu diadakan di seluruh Malaysia.

“Alhamdulillah, saya seronok dengan apa saya buat sekarang kerana ia memberi pengalaman baru kepada saya,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Baru-baru ini, pelakon berusia 45 tahun itu baru sahaja mengahadiri sidang media bagi Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 yang diadakan dekat Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Grand Finale Lefestour 10.0 bakal diadakan selama tiga hari bermula pada 8 hingga 10 Disember ini yang bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC) Melaka.

Festival tersebut merupakan satu acara penutup selepas menjelajah ke 10 buah negeri di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2017 ini.

Selain Didie, terdapat beberapa lagi selebriti yang turut terlibat dalam festival tersebut iaitu Jue Aziz, Amyza Adnan, Zul Huzaimy, Mawi, Rashid Sibir, Angah Raja Lawak dan ramai lagi.

Selain itu, Didie sedang sibuk mempromosikan festival tersebut di akaun Instagramnya pada masa sama bertujuan untuk menarik minat orang awam untuk turut sama hadir ke acara penutup tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Loading...