Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hasrat Halim Othman Kendali...

PETALING JAYA - Hasrat penyampai radio Suria FM Halim Othman untuk mengendalikan program...

Sufian Suhaimi Tidak Kisah...

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui langsung tidak kisah apabila dilabel sebagai 'raja lagu sedih'...

Kanak-Kanak Usia 13 Tahun...

PERKAHWINAN sepasang kanak-kanak yang masing-masing baru berusia 13 tahun dengan pengantin perempuan sedang...

Pagar Penghadang Stadium Larkin...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) melakukan beberapa perubahan dan tambah...

JKNS Rampas Produk Palsu, Beracun

PERMINTAAN tinggi terhadap produk rangsangan seks, kecantikan dan kosmetik menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan menjual produk tidak berdaftar dan mengandungi racun secara dalam talian.

Sepanjang Januari hingga Oktober ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) merampas produk bernilai RM80,000 daripada keseluruhan rampasan berjumlah RM1.6 juta sepanjang dijalankan.

Produk berkenaan mendapat permintaan tinggi dalam laman sosial Facebook dan Instagram selain aplikasi WhatsApp dan WeChat kerana pengguna tertarik dengan iklan dan promosi yang dijalankan.

Pengarah JKNS, Dr. Zainudin Mohd Ali berkata, hasil pemeriksaan mendapati jualan ubat-ubatan kesihatan dan kosmetik yang tidak diluluskan semakin meningkat di laman sosial.

Menurutnya, sebanyak 842 produk kesihatan dan kosmetik terlarang dan tidak diluluskan bernilai RM1.6 juta dirampas pihaknya sepanjang 10 bulan tahun ini.

“Selain pemeriksaan di premis perniagaan, Cawangan Penguatkuasa Farmasi turut menjalankan saringan dan pemantauan terhadap penjualan secara dalam talian. Ia bagi memastikan produk terlarang tidak dijual dan diedarkan sewenang-wenangnya.

“Kita melakukan dua serbuan terhadap penjual dalam talian dan merampas pelbagai produk bernilai RM80,000 serta menutup 47 akaun Facebook yang digunakan untuk jualan itu dengan kerjasama Cyber Security Malaysia (CSM),” katanya pada sidang media hari ini.


Katanya, kebanyakan peniaga terbabit mendapatkan produk berkenaan daripada pengedar di ibu kota serta luar negara sebelum dipasarkan di negeri ini.

Beliau berkata, produk dirampas itu disyaki dicemari racun berjadual seperti sibutramine, hydroquinone, tretinoin, merkuri yang dicampur dalam produk pelangsingan badan dan kosmetik selain racun jenis sildenafil dalam produk peransang seks.

Menurutnya, individu yang ditahan kerana menjual produk berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 30(1) dan 18A(15), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1), Akta Jualan Dadah 1952.

Selain itu, katanya, JKNS turut meningkatkan pemantauan terhadap perkhidmatan perubatan secara haram dalam talian seperti doktor gigi palsu. – Harian Metro

Kategori