Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Sahkan Terima Laporan...

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru...

Mangsa Culik Abu Sayyaf...

KUALA LUMPUR - Dua mangsa culik rakyat Malaysia yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina...

Mujahid Jangan Bermuka-Muka Dalam...

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof dilaporkan berkata hari ini...

DSV Target 20 Juta...

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Vida mengakui terkejut apabila single...

JKDM Sabah Rampas Dadah 26 Kilo Nilai RM1.4 Juta

KOTA KINABALU — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis methamphetamine seberat 26.59 kilogram dianggarkan bernilai RM1.4 juta dan menahan seorang suspek lelaki warganegara Malaysia di sebuah premis perkhidmatan kurier di sini pada 21 Dis lepas.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Sabah Datuk Madrim Tasan berkata lelaki tempatan berusia 38 tahun itu ditahan pada jam 6.50 petang selepas anggota pengkuat kuasa menyerbu premis perkhidmatan kurier tersebut pada hari sama suspek menerima bungkusan yang didakwanya sebagai hadiah beralamat dari Kuala Lumpur.

“Kes diperolehi berdasarkan maklumat awal dan hasil pemeriksaan anggota penguat kuasa telah menemui barang larangan disyaki dadah berbahaya.

“Dadah itu disimpan di dalam paket teh berwarna kuning dan diletakkan dalam beberapa kotak lampin pakai buang bayi,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Madrim berkata suspek ditahan reman mulai 22 Dis hingga 4 Jan depan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta 234 kerana kesalahan mengedar dadah berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, katanya.

Sementara itu, Madrim berkata, JKDM Sabah merekodkan sebanyak 13 kes melibatkan dadah merangkumi sembilan kes tangkapan dan empat kes rampasan sepanjang tahun ini bernilai RM9.2 juta. – BERNAMA

Kategori