Jho Low ‘Master Manipulator’ Sebenar Bukan Najib

KUALA LUMPUR – Hari ini, saksi ke-8, bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diasak dan disoal bertubi-tubi oleh peguam bela ketika perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuat pengakuan Low Taek Jho atau Jho Low adalah ‘master manipulator’ sebenar.

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin juga mengakui, hanya Jho Low yang kini dalam sedang diburu pihak berkuasa adalah ‘master manipulator’ dan bukannya Najib.

Saksi mengakui Najib sendiri berkemungkinan telah dimanipulasi oleh Jho Low.

Penyataan saksi olehnya yang menyebut ‘master manipulator’ itu sebenarnya hanya merujuk kepada Jho Low dan bukannya Najib yang ketika itu merupakan Perdana Menteri.

Shafee: Adakah anda bersetuju bahawa Perdana Menteri sendiri telah dimanipulasi oleh Jho Low?

Amhari: Ya, saya setuju.

Shafee: Anda setuju Jho Low manipulasi Perdana Menteri, Najib?

Amhari: Ya, ada kemungkinan.

Shafee: Kamu setuju bahagian pernyataan saksi bertulis kamu tentang ‘master manipulator’ hanya merujuk Jho Low dan bukannya Najib?

Amhari: Saya hanya kata Jho Low adalah ‘master manipulator’

Shafee: Saya hanya mahu penjelasan daripada kamu secara jelas bahawa Perdana Menteri tidak memanipulasi seperti yang kamu maksudkan itu.

Amhari: Ya, betul.

Shafee: Saya hendak tanya kamu, adakah kamu menyedari ramai yang bekerja ‘di belakang’ Perdana Menteri Najib bersama-sama Jho Low tanpa pengetahuannya. Dengan Jho Low memberitahu lebih baik tidak beritahu apa-apa kepada Najib atau beliau akan melompat?

Amhari: Saya tidak sedar tentang itu.

Shafee: Tidak apalah, saya akan beri ‘kesedaran’ itu kepada kamu.

Dalam pada itu, Amhari juga seolah-olah bersetuju dengan cadangan Shafee bahawa ada kemungkinan kata-kata arwah Datuk Azlin berhubung ‘itu duit 1MDB la bro’ itu merujuk kepada Jho Low yang mengkhianati Kerajaan Malaysia dan bukannya Najib.

Shafee: Mungkinkah maksud arwah Azlin mungkin tidak ada kena mengena dengan mana-mana salah laku yang melibatkan Datuk Najib, sebaliknya Jho Low?

Amhari: Saya tidak tahu. Beliau hanya cakap itu sahaja dan tidak mengulas dengan lanjut jadi mungkin ada pelbagai tafsiran.

Shafee: Azlin tidak mengatakan kepada anda bahawa ‘kita tidak boleh percaya bos kita’ bukan? Jika tidak, saya pasti itulah yang akan anda tulis dalam perenggan pertama penyataan saksi tempoh hari.

Untuk seketika semua dalam bilik perbicaraan itu ketawa mendengar ulasan Shafee itu.

Prosiding masih lagi berjalan dengan pemeriksaan balas antara Shafee dengan Amhari di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Loading...