Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penganggur Cedera Dalam Letupan...

BINTULU – Polis menjelaskan kejadian seorang penganggur cedera parah dalam kejadian letupan di...

Caj Rawatan Pergigian Pesakit...

PUTRAJAYA - Caj rawatan pergigian bagi pesakit luar di hospital kerajaan kekal pada...

Kerana Silap Dulu, Serina...

SEBAGAI satu langkah persediaan masa hadapan, pelakon Serina Redzuawan telah menasihati semua golongan...

Polis Kelantan Tahan Lelaki...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan seorang lelaki berusia 30 tahun selepas menemui...

JHEAIK Kemas Kini Silibus Pusat Tahfiz Berdaftar

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sedang dalam proses mengemas kini sukatan pelajaran di semua pusat tahfiz berdaftar di negeri ini agar ia dapat diselaraskan sekali gus diiktiraf kerajaan.

Pengarah JHEIK Datuk Abdul Rahman Ismail berkata pendekatan itu juga sebagai satu daripada langkah untuk memastikan silibus pembelajaran pelajar tahfiz seiring dengan keperluan semasa.

“Kami sekarang tengah berbincang di bahagian pentadbiran, kami tak mau depa (pelajar) hanya menjadi tahfiz semata-mata sebab lepas dia belajar, dia akan berkeluarga dan perlu bekerja untuk menyara kehidupan.

“Kita nak mereka menjadi hebat pada orang lain, dia bukan sahaja boleh hafaz Al-Quran tapi dia ada ilmu akademik dan kemahiran (seperti) baiki kereta atau enjin yang dipelajari,” katanya pada sidang media Skim Dana Wakaf Tunai di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata pegawai agama di daerah telah pun diarah mengenal pasti pusat tahfiz yang baharu dibuka di kawasan pedalaman dalam usaha memastikan lebih banyak lagi pusat itu berdaftar dengan bantuan pihaknya.

“Pihak kami akan terus membantu pusat tahfiz agar dapat didaftarkan dan diberi perhatian oleh kerajaan. Kami tak nak tutup, kami akan bantu, dan selama ini banyak telah kerajaan belanjakan berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan kemudahan dan fasiliti pusat tahfiz,” katanya sambil menambah terdapat 67 pusat tahfiz berdaftar di Kedah setakat ini.

Mengenai Skim Dana Wakaf Tunai, beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah berkata sejak skim itu diperkenalkan 2016 lepas, seramai 450 kakitangan awam secara komitmen mewakafkan wang tunai menerusi potongan gaji secara bulanan.


“Orang ramai juga boleh ke kaunter-kaunter jabatan agama di daerah-daerah untuk berbuat demikian, ini menolak persepsi orang ramai sebelum ini yang wakaf hanya boleh dibuat menerusi wakaf tanah, masjid, bangunan dan harta,” katanya.

Katanya Masjid Hujung Keton di Mukim Padang Kerbau, Pendang yang akan dibina dengan kos RM2 juta dikenal pasti menjadi ikon hasil dana wakaf tunai yang didermakan orang ramai untuk membina masjid itu.

“Kami akan mula apabila dana mencukupi dan setakat ini kami ada RM1.7 juta dan saya yakin dengan hebahan dan kempen yang kami buat akan dapat meningkatkan jumlah kutipan dan masjid itu boleh dibina selepas ini hasil sepenuhnya daripada kutipan dana wakaf tersebut,” katanya.

Skim Dana Wakaf Tunai ditadbir urus Jawatankuasa Skim Dana Wakaf Tunai yang ditubuhkan Majlis Agama Islam Negeri Kedah. – BERNAMA

Kategori