Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kamera ‘Speed Trap’ Rakam...

BERLIN - Kamera pengesan had laju polis Kiel di utara Jerman merakam kejadian...

Al Sharq Forum Buka...

KUALA LUMPUR – Al Sharq Forum, sebuah organisasi pemikir bebas pro-demokrasi, telah membuka...

Program Kebun Dapur Di...

PETALING JAYA - Program Kebun Dapur, yang melibatkan pembangunan ‘laman edibel’ sebagai modul...

Media Diminta Guna Kebebasan...

SHAH ALAM - Pengamal media perlu menggunakan sebaiknya kebebasan media yang diberikan oleh...

Jerebu: Tiada Keperluan Tutup Sekolah Sehingga Jumaat

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk menutup sekolah sehingga Jumaat ini berikutan fenomena jerebu yang melanda negara.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) diambil mengikut keadaan semasa.

“Tidak bolehlah (tutup sekolah). Kita kena tahu banyak mana (IPU bagi sesebuah kawasan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kerangka Dasar Luar Negara Malaysia Baharu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya sebentar tadi.

Menyentuh mengenai punca jerebu dipercayai dilakukan oleh syarikat Malaysia di luar negara, Dr. Mahathir berkata, kerajaan akan menggubal undang-undang agar syarikat yang mempunyai ladang di luar negara bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

“Kami akan minta mereka mengambil tindakan untuk memadamkan kebakaran.

“Sekiranya enggan, kerajaan akan menggubal undang-undang yang menjadikan syarikat berkenaan bertanggungjawab terhadap kebakaran dan harta benda walaupun di luar negara,” katanya.

Kategori