Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Raja Permaisuri Agong Seru...

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini...

Suspek Utama Kes Bunuh...

MANJUNG - Polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes pembunuhan seorang pemilik...

Doktor Palsu Punya Angkara,...

MUMBAI - Polis India berjaya menahan doktor palsu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 46 orang...

Kes Tampar Pemain Dirujuk...

NIBONG TEBAL - Isu seorang jurulatih pasukan bola tampar wanita yang didakwa menampar...

Jerebu: Kabinet Bincang Jalan Penyelesaian Esok

KUALA LUMPUR – Perbincangan dan penyelesaian mengenai masalah jerebu yang melanda negara akan dibuat dalam mesyuarat Kabinet esok, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dijangka membentangkan hasil laporan terkini mengenai jerebu.

“Pada mesyuarat Kabinet esok, saya pasti menteri (Yeo) akan beri laporan kepada Kabinet mengenai langkah seterusnya yang akan diambil dan Kementerian Luar akan membantu dalam perkara itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program pertukaran sukan Bola Keranjang Malaysia-China di sini hari ini.

Saifuddin berkata, Wisma Putra juga telah berhubung secara rasmi dengan kerajaan Indonesia mengenai fenomena jerebu sekarang.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tentang perbincangan dengan kerajaan Indonesia itu.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan pelan jangka panjang bagi menangani jerebu rentas sempadan yang melanda negara ini setiap tahun namun turut memerlukan kerjasama negara lain termasuk Indonesia.


Jerebu di Malaysia seringkali dikaitkan dengan pembakaran terbuka di negara jiran itu ketika musim panas dan kering. 

Masalah jerebu di Malaysia sejak 5 September lepas memaksa lebih 500 sekolah di Putrajaya, Selangor, Sarawak dan Negeri Sembilan ditutup hari ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga 2 petang, Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap bahaya dengan bacaan IPU 377, berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan sempadan Kalimantan.

Lima stesen lain yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat ialah Johan Setia (236), Kuching, Sarawak (217), Seri Manjung, Perak (211) serta Nilai (204) dan Port Dickson (210) di Negeri Sembilan.

Kategori