Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tawar A$60,000 Setahun Untuk...

SYDNEY – Sekumpulan premis pasar raya menawarkan ganjaran sehingga A$60,000 (RM182,000) setahun kepada...

Insiden Curi Rakam, GSC...

KUALA LUMPUR: Golden Screen Cinemas (GSC) memandang serius insiden perkongsian sedutan filem House...

Dihina Di FB, Sharifah...

MEMANG ada di kalangan netizen yang gemar memberikan kata-kata hinaan dan kritikan negatif...

Singapura Haram Ustaz Haslin...

SINGAPURA - Pemerintah Singapura pimpinan PAP bertindak biadab apabila hari ini 'haram' dua...

Jerebu Di Semenanjung Memburuk

KUALA LUMPUR – Stesen Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) dekat Johan Setia di Klang, Selangor mula mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat iaitu 201 sejak pukul 10.00 malam semalam.

Stesen itu terus mencatatkan peningkatan dalam bacaan iaitu 209 pada pukul 10 pagi tadi, 12 tengah hari (218) dan 2 petang (222).

Stesen lain di Selangor turut catat IPU pada tahap tidak sihat iaitu antara 105 hingga 149 di beberapa kawasan pada pukul 3 petang tadi.

Sementara itu sehingga pukul 3 petang, negeri-negeri di Semenanjung turut mencatatkan peningkatan bacaan IPU tahap sama dekat beberapa daerah di Johor seperti Tangkak (149), Segamat (120) dan Batu Pahat (112) berbanding 10 pagi tadi.

Turut berada dalam tahap tidak sihat ialah Melaka (111 hingga 121), Negeri Sembilan (119 hingga 144), Perak (79 hingga 137), Pulau Pinang (98 hingga 110) dan Kedah (112).

Rompin dan Temerloh, Pahang turut mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu 178 dan 111.

Walau bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak beransur reda apabila beberapa kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap normal seperti Sri Aman (87), Kuching (97) dan Miri (72).

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih belum pulih.


“Kebakaran di sana menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang Pantai barat, Selatan dan Timur Semenanjung Malaysia dan bahagian Barat Sarawak.

“JAS meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambah kenyataan itu, terdapat beberapa titik panas dikesan oleh Pusat Pakar Meteorologikal ASEAN (ASMC) semalam di beberapa kawasan di Kalimantan dan Sumatera.

“221 titik panas dikesan di Sumatera dan 1,307 pula di Sumatera. Bagaimanapun imej satelit turut mengesan terdapat beberapa titik panas di Johor (4), Melaka (2) dan Sarawak (14).

“Peta Jerebu Serantau juga menunjukkan terdapat lingkaran asap yang membawa asap jerebu dari kawasan kebakaran di Timur, Barat, Tengah dan Selatan Kalimantan dan Jambi, Riau, Sumatera Selatan dan Lampung di Sumatera,” jelasnya.

Kategori