Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Hilang Akal Temui...

CHINA – Ia merupakan detik-detik menyayat hati apabila seorang suami mendapati isterinya, yang...

Projek Wi-Fi Komuniti Bantu...

KUALA LUMPUR - Projek Wi-Fi Komuniti (WK) disediakan kerajaan di kawasan luar bandar...

DBKL Keluarkan RM5j Kompaun...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan 70 kompaun berjumlah...

PAS Ekstrem Tolak Usul...

IPOH - DAP Perak menyifatkan keputusan kerajaan PAS Kelantan menolak cadangan untuk membenarkan...

Jerebu: 298 Sekolah Ditutup Di Sarawak

KUCHING – Sebanyak 298 sekolah di lapan daerah di Sarawak di tutup hari ini akibat jerebu dengan Sri Aman merekodkan kualiti udara tahap bahaya.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan berkata, ia melibatkan 53 sekolah menengah dan 245 sekolah rendah di Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Sri Aman dan Lundu.

Seramai 128,291 pelajar terjejas akibat penutupan sekolah hari ini, menurut kenyataan berkenaan.

Kualiti udara di Sri Aman mencapai tahap bahaya secara mendadak dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 352 pada 6 pagi dan meningkat kepada 365 dua jam kemudian berbanding 214 yang direkodkan pada 12 tengah malam, semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata setakat 8 pagi, Kuching mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu 219, berbanding 215, dua jam sebelumnya.

Katanya, lapan daerah kekal mencatatkan bacaan IPU tidak Sihat iaitu Samarahan (160), Sarikei (148), Sibu (166), Bintulu (129), Mukah (140), Samalaju (113), ILP Miri (107) dan Miri (126).

Kategori