Jerebu: 1,037 Sekolah Ditutup, Sri Aman Catat IPU 402

KUCHING – Sejumlah 1,037 sekolah di 20 daerah yang terjejas akibat jerebu di Sarawak hari ini ditutup.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan berkata penutupan itu melibatkan 136 sekolah menengah dan 901 sekolah rendah yang menjejaskan 325,391 murid.

Sementara itu, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi ini,  Sri Aman mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap berbahaya dengan bacaan 402.

Empat kawasan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat iaitu Kuching (248), Samarahan (218), Sibu (202) dan Sarikei (234) manakala lima kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu Samalaju (100), ILP Miri (91), SK Baram (87), Kapit (97) dan Limbang (76).

Hari ini, operasi pembenihan awam akan dilakukan dengan pesawat Charlie 130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.

Loading...