Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

NGC Energy Beri Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Syarikat pembekal gas, NGC Energy Sdn. Bhd. (NGC Energy) memberi...

Jangan Tunjuk Hebat Bila...

SERDANG - Pegawai-pegawai pengembang selaku barisan hadapan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...

Anggota Tentera Terlibat IS...

KLUANG - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengulangi pendirian...

Lagu Negaraku Di Stadium...

KUALA LUMPUR - Dendangan Lagu Negaraku dalam setiap aksi Liga Malaysia di Stadium...

Jepun Suntik Modal Banyak Projek Kerajaan Tun M

Dulu, takde pun Mahathir cakap kami jual negara ke Jepun.

Malaysia dan Jepun telah menikmati hubungan diplomatik, ekonomi dan budaya yang dekat sejak Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1957.

Hubungan antara kedua-dua negara telah diperkuatkan lagi melalui dasar ‘Pandang Ke Timur’ yang diperkenalkan pada awal tahun 1980-an oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Jepun, dengan $11.26 bilion, merupakan penyedia bantuan pembangunan rasmi terbesar di dunia pada tahun 1993. Kebanyakan wang itu adalah pinjaman kerajaan berasaskan yen.

Malaysia adalah salah satu penerima terbesar ODA Jepun di Asia. Dari Januari 1969 hingga Mac 2001, Malaysia menerima JPY827.4 bilion (RM26.39 bilion ketika itu) sebagai pinjaman dua hala. Jika dibahagikan kepada setiap orang, jumlahnya akan sama dengan kira-kira RM1,165, yang merupakan yang tertinggi di Asia (Ruhanie 2001).

Pada tahun 2003, kerajaan Jepun memutuskan untuk menyediakan JPY82.40 bilion (RM2.25 bilion) sebagai pinjaman dua hala untuk projek pemindahan air mentah Pahang-Selangor.

Dilaporkan pada awal bulan Ogos 1998, Tokyo bersedia menawarkan beberapa bilion yen dalam pinjaman berfaedah rendah pada tahun tersebut sehingga Mac 1999.

Kerajaan Malaysia baru-baru ini membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan pinjaman daripada Jepun kerana negara ini turut terkena tempias krisis kewangan Asia.

Jepun telah membuat beberapa peminjaman sebanyak 10 bilion yen kepada Malaysia setiap tahun pada 1980-an.

Pada tahun 1994, Jepun menyediakan 61.5 bilion yen (RM2.5 bilion) bantuan pembangunan rasmi untuk membantu membina Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan membiayai 75% daripada kos untuk membina lapangan terbang tersebut.

Pasca-1998, Jepun turut menyediakan pinjaman modal untuk beberapa projek kerajaan Mahathir, seperti berikut:


2002 – Pahang – Projek Pemindahan Air Mentah Selangor – 82 bilion Yen (RM3.32 bilion)
1999 – Projek Loji Kuasa Hidroelektrik Kenyir – 17 bilion yen (RM 690 juta)
1999 – Projek Pemulihan Stesen Kuasa Port Dickson (Tuanku Jaafar) – 53.7 bilion yen (RM2.17 bilion)
1999 – Projek Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (II) – 5.3 bilion yen (RM210 juta)
1999 – Projek Loji Rawatan Pembentungan – 4.85 bilion yen (RM 200 juta).

Perlu diingat bahawa ini adalah angka yang telah berdekad-dekad lamanya. Dalam nilai kini, ianya sudah tentu jauh lebih besar.

Sumber:

library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1998aj/japan%20looking%20imalaysia.pdf

www.japanesestudies.org.uk/articles/2007/FuruokaLoKato.html

www.nytimes.com/1994/11/11/news/11iht-yen_0.html

www.my.emb-japan.go.jp/English/ODA/ODA.html – MYNEWSHUB.CC

Kategori