Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bulan Rejab: Kemuliaan Dicemari...

Oleh: Dr.Arieff Salleh bin Rosman, Felo FatwaBulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur...

JPJ Kelantan Sita 18...

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita 18 buah kenderaan dalam...

10 Isu Dibincang Dalam...

NEW DELHI - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata isu berkaitan ekonomi,...

Jawapan Kepada Soalan Fizik...

LONDON - Bagi pelajar di United Kingdom (UK), musim panas terlalu sinonim dengan...

Jepun Mula Usaha Tubuh Universiti Di Malaysia

TOKYO – Kerajaan Jepun bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh bagi menubuhkan cawangan universiti Jepun di Malaysia, kata Perdana Menteri Shinzo Abe.

“Mengenai permintaan Perdana Menteri Mahathir (Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk pembukaan kampus cawangan universiti di Jepun, kami bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh ke arah merealisasikan idea itu,” katanya semasa sidang akhbar bersama Dr Mahathir di sini Selasa.

Terdahulu, Dr Mahathir dan Abe mengadakan mesyuarat delegasi di Pejabat Perdana Menteri Jepun.

Pada hari Isnin, Dr Mahathir melahirkan harapan untuk melihat universiti Jepun mempunyai cawangan mereka di Malaysia bagi membolehkan pelajar Malaysia bukan sahaja didedahkan kepada sistem pendidikan Jepun, tetapi juga untuk mempelajari budaya mereka.

Sementara itu, Abe berkata Jepun tetap komited untuk meneruskan kerjasama dalam Dasar Pandang Ke Timur Malaysia dalam bidang seperti pendidikan, promosi pelaburan, sumber manusia dan pemindahan teknologi. – BERNAMA

Kategori