Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekalan Minyak Masak Bersubsidi...

ARAU - Bekalan minyak masak di negeri ini sama ada dalam paket satu...

Wanita Tergigit Mutiara Ketika...

SEATTLE - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) tergigit mutiara yang jarang didapati ketika menikmati...

Mansuh PKPB, Aspek Realitinya

TREND kes baru COVID-19 di negara kita menunjukkan penurunan dan diharapkan akan terus...

Bekas Pegawai DoJ Mengaku...

NEW YORK - Seorang bekas pegawai di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) semalam...

Jepun Beli 100 Lagi F-35 Untuk Saingi China

JEPUN akan menempah sebanyak 100 buah jet pejuang generasi baharu F-35 daripada Amerika Syarikat untuk menggantikan F-15 yang sudah ketinggalan.

Rancangan ini boleh dianggap sebagai respons kepada peningkatan keupayaan ketenteraan China, selain gesaan Presiden Donald Trump supaya Jepun membeli lebih banyak peralatan ketenteraan AS.

Jepun sudah pun berminat untuk membeli 42 buah pesawat itu.

Sebuah pesawat F-35 itu berharga lebih 10 bilion yen atau AS$88.1 juta, bermakna tempahan tambahan boleh mencapai jumlah 1 trilion yen.

Kerajaan Jepun merancang meluluskan rancangan pembelian ini apabila menerima Garis Panduan Program Pertahanan Kebangsaan yang baharu dalam mesyuarat pada Disember.

Kerajaan Jepun merancang untuk membeli 42 buah F-35 sebagai ganti F-4 lama menjelang tahun 2024.

Jumlah 42 dalam rancangan asal kesemuanya F-25A, pesawat yang berlepas secara biasa. Tambahan 100 buah lagi termasuk F-35A dan F-35B, yang mampu berlepas di landasan pendek dan mendarat secara vertikal.


Pada masa ini, Jepun memiliki sekitar 200 buah F-15, yang lebih separuh daripadanya tidak boleh dipertingkatkan lagi.

Kementerian pertahanan Jepun mahu menggantikan F-15 yang tidak boleh dipertingkatkan dengan 100 buah F-35 itu, pada masa yang sama mengekalkan F-15 yang selebihnya.

Tentera Jepun akan mengubahsuai kapal pengangkut helikopter JS Izumo untuk membolehkannya membawa pesawat baharu itu.

Negara-negara jiran Jepun sedang giat memperkenalkan pesawat pejuang terbaru masing-masing. China pada Februari memulakan operasi pesawat J-20 dan dijangka akan menghasilkan 250 buah pesawat generasi kelima seperti F-35 menjelang 2030. – Nikkei

Kategori