Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1,624 Penerbangan Dibatalkan, Ribut...

WASHINGTON - Sebanyak 1,624 penerbangan terpaksa dibatalkan susulan ribut salji musim sejuk yang...

Polarisasi Kaum, Agama Melebar...

KUALA LUMPUR - Polarisasi kaum dan agama akan terus melebar sekiranya persijilan kurikulum...

Pemburu Haiwan Liar Mati...

PEMBURU haiwan liar profesional dilaporkan mati dihempap gajah betina dalam insiden yang berlaku...

Teksi, Perkhidmatan E-Hailing Mampu...

KUALA LUMPUR - Pengusaha teksi dan syarikat perkhidmatan e-hailing dilihat mampu untuk bersaing...

Jep, Sari Yanti Sah Suami Isteri.. Umum Nikah Di IG

TEKA-TEKI khabar angin menyatakan pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat akhirnya terjawab apabila mereka sah bergelar suami isteri, sebentar tadi.

Pasangan ini membuat pengumuman itu menerusi laman Instagram beserta dengan gambar Jep sedang melafazkan akad nikah.

“Suami, Si Pemilik Hati, Sang Cinta. ASSALAMUALAIKUM @jepsepahtu,” tulis Sari Yanti.

“Alhamdulillah.. Terima kasih di atas doa kalian semua,” tulis Jep Sepahtu.

Alhamdulillah..Terima kasih di atas doa kalian semua.

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Menerusi gambar itu, Jep diapit dengan dua sahabatnya dari kumpulan Sepahtu iaitu Shuib dan Rahim.

Difahamkan, majlis pernikahan ini diadakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana sekitar 11.50 pagi tadi.

Pasangan popular ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Dato’ Mohamad Nazari.

Majlis ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat.

Jep, Sari Yanti Sah Suami Isteri.. Umum Nikah Di IG


Jep, Sari Yanti Sah Suami Isteri.. Umum Nikah Di IG

Jep, Sari Yanti Sah Suami Isteri.. Umum Nikah Di IG

Jep, Sari Yanti Sah Suami Isteri.. Umum Nikah Di IG

Jep, Sari Yanti Sah Suami Isteri.. Umum Nikah Di IG

Jep, Sari Yanti Sah Suami Isteri.. Umum Nikah Di IG

Sementara itu, rata-rata peminat dilihat meninggalkan ucapan tahniah kepada pasangan mempelai ini.

Terdahulu, Sari Yanti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, namun bercerai pada tahun 2014. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Basit Al-Haq. – MYNEWSHUB.CC

Kategori