Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Israel “Terlepas” Masuk...

SECARA umum masyarakat dunia maklum tentang pendirian Malaysia terhadap Israel, apatah lagi rakyat negara ini.Sebagai negara...

Pelajar Kolej Ditahan Buang...

KUCHING - Seorang pelajar perempuan sebuah kolej ditahan kerana membuang bayinya yang baru...

Rt COVID-19 Di 11...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 negeri dan wilayah mencatat kadar kebolehjangkitan atau R-naught...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya dengan kelajuan antara 40 hingga 50...

Jentera Bomba Dibaling Dengan Objek Keras – Saksi

SHAH ALAM – Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim di Mahkamah Koroner di sini yang bermula hari ini menyaksikan anggota polis yang menerima laporan mengenai kejadian kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada November tahun lepas, menjadi antara saksi awal memberi keterangan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya, Deputi Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, Jentera Fire Rescue Tender (FRT) yang tiba untuk memadam kebakaran sebuah kereta di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang, November lalu, dikelilingi orang ramai dan dibaling dengan objek keras sehingga pecah cermin hadapan.

“Jentera FRT hadapan dikelilingi oleh orang ramai dan dibaling batu. Jentera kemudian berundur dan melanggar van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebelum ke hadapan dan kembali mengundur, mengundur hingga hilang daripada penglihatan saya,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah.

Inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner,
Beliau berkata, di lokasi kejadian, seramai 3,000 ke 5,000 individu berkumpul di kuil berkenaan.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lepas, dan menghembuskan nafas terakhir di Insttut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah yang terlibat dalam inkues itu berkata selain Mohamad Nasir, dua saksi lain yang dijangka turut memberi keterangan hari ini adalah anggota bomba yang memandu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan jentera pemadam api FRT.


“Sehingga kini pihak kami menyenaraikan tujuh saksi yang akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum prosiding bermula.

Dalam pada itu, Zhafran berkata, permohonan 50 penganut agama Hindu dan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menjadi pihak-pihak berkepentingan dalam prosiding inkues ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini pada minggu lepas.

Tinjauan Bernama di luar mahkamah mendapati beberapa saksi antaranya beberapa anggota bomba dan seorang lelaki dipercayai abang Muhammad Adib tiba di mahkamah sekitar pukul 9.30 pagi. – BERNAMA

Kategori