Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kontrak Abdul Hamid Sebagai...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah dilantik sebagai Ketua Polis...

Ditikam, Dilanggar, Digilis Sampai...

EMPAT lelaki menikam, melanggar dan menggilis seorang lelaki sehingga mati dalam kejadian tragis...

Polis Tahan Dua Lelaki...

PENDANG – Polis menahan dua lelaki serta merampas 11.25 liter air ketum dianggarkan...

“Saya Tidak Salahkan Anak-Anak,”...

KOTA BHARU - Shalwati Norshal yang dibebaskan dari Penjara Hinseberg, Frovi di Sweden...

Jenazah Mohamed Idris Selamat Dikebumikan

GEORGE TOWN – Jenazah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris, 92, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, di sini pukul 10.30 pagi hari ini.

Jenazah Allahyarham dibawa dari rumahnya di No. 2 Rose Avenue, di sini kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum di sembahyangkan di Masjid Jamek Hashim Yahya.

Kira-kira 500 orang termasuk kenamaan dan beberapa menteri serta timbalan menteri dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di rumah, masjid serta tanah perkuburan.

Antara yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

Anak Mohamed Idris, Mohamed Ali, 62, menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan membantu sepanjang proses pengebumian arwah ayahnya sejak semalam hingga hari ini.

Mohamed Ali berkata, ayahnya tidak sakit atau menunjukkan sebarang perubahan malah berpuasa seperti biasa dan menjalankan aktiviti hariannya seperti berkebun.

“Arwah dalam keadaan sihat, cuma awal pagi semalam dia agak letih jadi kami bawa ke Pusat Perubatan Gleneagles (GMC), di sini sebelum meninggal dunia pukul 5 petang (semalam) kerana sakit tua. Kami semua reda dengan pemergiannya,” katanya.


Mohamed Idris meninggalkan seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan serta tujuh cucu dan tiga cicit.

Mohamed Idris dilahirkan pada 6 Disember 1926 adalah pengasas kepada penubuhan CAP pada tahun 1969 dan beliau juga adalah pengerusi Sahabat Alam Malaysia.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Anggota Majlis Perbandaran George Town (kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang) selama beberapa tahun sejak 1954.

Allahyarham yang juga seorang pencinta alam sekitar pernah menerima Anugerah Tun Abdul Razak pada 22 Jun 2014 di atas sumbangannya terhadap komuniti dan alam sekitar.

Kategori