Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

9 Muka Baharu Disenarai...

KUALA LUMPUR - Sembilan muka baharu antara 25 pemain yang disenaraikan ketua jurulatih...

KBS Serah SPRM Isu...

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kes Jiran Tular Bergaduh...

Klang : Pergaduhan antara dua individu di taman perumahan di Bandar Sultan Sulaiman...

Video: “Ya Allah, Teruk...

KEPONG - Berang apabila lif sering rosak, seorang penduduk di Flat Sri Segambut,...

Jenazah Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor Selamat Dikebumi

SHAH ALAM – Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada jam 2.45 petang tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di makam diraja pada 1.30 tengah hari selepas dimandi dan dikafankan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Solat jenazah dilakukan di masjid sama selepas waktu zuhur.

Turut berangkat ke upacara pengebumian itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga bekas Menteri Besar Selangor; Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan.

Abdul Rahman meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Seksyen 13 pada 3.40 pagi.


Terdahulu, Amirudin dalam kenyataan hari ini turut mengucapkan salam takziah kepada Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin.

“Patik mewakili seluruh rakyat Selangor mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah. Al-Fatihah,” katanya. – BERNAMA

Kategori