Jenazah A. Rahman Hassan Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR – Jenazah penyanyi veteran popular, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat pada jam 2.30 petang tadi.

Lebih 100 ahli keluarga, sanak-saudara dan kenalan Allahyarham turut mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang (HA), pada usia 73 tahun sekitar jam 12.40 malam tadi, akibat strok dan pendarahan otak.

A.Rahman meninggalkan isteri, Datin Fadilah Mansor dan dua anak iaitu Khairulizam (Khir Rahman) dan Khairulazmi.

Loading...