Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Kekurangan Stok Paracetamol...

PUTRAJAYA : Negara tidak berdepan masalah kekurangan stok paracetamol, sebaliknya masalah bekalan itu...

Perdana Menteri Berucap Pada...

NEW YORK - Menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan...

Comel! Gadis Korea Nyanyi...

PERNAH dengar orang Korea fasih berbahasa Melayu? Mungkin kedengarannya agak aneh dan lucu,...

Keluarga Zainab Ditempatkan Di...

KOTA BHARU - Keluarga Zainab Sulaiman, yang dihantui dengan ‘api misteri’ sehingga dikatakan...

Jenayah Perang Berlaku Di Yaman – PBB

PAKAR hak asasi manusia PBB percaya semua pihak yang terlibat dalam konflik di Yaman mungkin telah melakukan jenayah perang.

Dalam laporan mereka, kedua-dua pasukan tentera kerajaan dan paaukan diketuai Arab Saudi dan gerakan Houthi tidak berusaha mengurangkan kecederaan dan kematian orang awam.

Dalam laporan itu, mereka mengemukakan laporan pengeboman sekolah, hospital dan pasar yang mengakibatkan beribu orang mati.

Pakar terbabit juga memberi amaran bahawa sekatan udara dan laut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai jenayah perang.

Laporan ini akan dibentangkan di Majlis Hak Asasi Manusia PBB bulan depan.

Isnin lalu, pakatan diketuai Arab Saudi menuduh PBB berat sebelah kerana mengutuk dua serangan udara ke atas kawasan dikuasai Houthi yang membunuh berpuluh orang kanak-kanak.

Jurucakap pakatan Turki al-Malki berkata maklumat itu diperolehi PBB dari pihak pemberontak.


Yaman musnah akibat konflik yang diburukkan lagi sejak awal 2015 apabila Houthi menawan sebahagian sebelah barat negara itu dan memaksa Presiden Abdrabbuh Mansour Hadi melarikan diri ke Arab Saudi.

Ekoran rasa bimbang terhadap kemaraan kumpulan Houthi yang didakwa proksi Iran, Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi campur tangan dalam usaha mengembalikan kerajaan yang dijatuhkan.

Menurut PBB, hampir 10,000 orang kebanyakannya orang awam, telah terbunuh manakala 55,000 lagi cedera dalam pertempuran.

Pertempuran dan sekatan di sebahagian sempadan Yaman juga mengakibatkan 22 juta rakyat negara itu memerlukan bantuan kemanusiaan.

Krisis akibat kekurangan makanan turut berlaku di sini, yang disifatkan sebagai darurat keselamatan makanan terbesar di dunia, dan menyebabkan wabak kolera yang telah menjejaskan sejuta orang. – BBC

Kategori