Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kualiti Udara Kekal Baik...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara kekal baik...

Saksi Tidak Iystihar Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Datuk Amhari Efendi Nazaruddin tidak mengetahui bahawa tindakannya yang tidak...

2 Remaja Maut Motosikal...

TAPAH - Dua remaja lelaki maut setelah motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan...

Sekali Lagi, JAKIM Sahkan...

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekali lagi mengesahkan produk Mee Segera Ramyeon-Samyang yang...

Fenomena #SyamsulDebat Jenaka Sinis Tapi Manis

SETELAH menjadi fenomena di media baharu serta mencetuskan jutaan viral syer di laman sembang sosial, program Syamsul Debat kini digandakan siarannya sempena Ramadan.

Sebagai menghargai sambutan luar biasa peminat TV AlHijrah sepanjang Ramadan ini akan menyiarkan program Kuliah Bual Bicara Syamsul Debat, dua kali seminggu.

“Sebab jutaan viral serta syer perkongsian klip video pendek Syamsul Debat, kami gandakan siarannya. Ingat setiap 7.30 malam  hari Khamis dan Jumaat sepanjang Ramadan, kami siarkan Syamsul Debat. Semua episod terbaharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Izelan Basar.

Syamsul Debat, 41 tahun, motivator popular lulusan Syariah UIA dan Presiden Alumni Pendebat Malaysia, mula menjadi hos di TV AlHijrah sebulan lalu.

Namun, popularitinya melonjak pantas dan menjadi fenomena. Setelah tiga episod sahaja program kendaliannya disiarkan, ia mencetuskan viral terutama di Facebook dan WhatsApp. Malah, kehadiran Syamsul Debat lebih meletup di media baharu termasuk YouTube.

“Sebab itu kami gandakan siarannya. Penonton boleh menyaksikan rancangan ini secara penuh selama 30 minit setiap Khamis dan Jumaat,” kata Izelan.


Syamsul Debat sebelum ini bersiaran setiap 9.30 malam pada Rabu.

Untuk penonton yang dahagakan program kuliah motivasi kekeluargaan, dengan konsep Jenaka Sinis Tapi Manis, isilah detik berbuka anda sepanjang Ramadan ini, tiap Khamis dan Jumaat bersama Syamsul Debat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori