Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Obama Lawat Turki, Filipina...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama akan ke Turki bagi menyertai Sidang Kemuncak G20,...

Kerjasama Peniaga Naik Taraf...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta para peniaga yang terbabit dalam projek...

Dadah Yang Membantu Menumbuhkan...

CANGGIH... Menurut kajian yang dilakukan oleh portal NewsWeek, rata-rata sebanyak 86 peratus orang...

Dubsmasher, Nizam Rahman Tampil...

DUBSMASHER terkenal, Nizam Rahman tampil mengeluarkan kenyataan maaf atas tindakannya menghasilkan sebuah video...

Jenaka Sarkastik Tahap Gaban Artis Malaya

ARTIS desparado tidak akan peduli berapa harga publisiti. Malah, artis jenis ini akan membeli glamor walaupun harus membayarnya dengan menjual harga diri. Artis desparado akan menjaja apa saja; sama seperti kaki judi atau kaki todi yang sanggup bergadai apa saja di depan kedai pajak atau mengadap warung todi.

Artis terbaik berkarisma dalam kategori seni mahu pun popular, hanya akan muncul setahun sekali. Atau setahun empat lima kali, sebab banyak sangat anugerah yang dilambak dalam industri masa kini.

Sebab era ini, sekali pun kayu, tetapi kalau boleh bercakap – sudah dikira layak menang anugerah. Undi artis mengalahkan calon PRU. Justeru, anugerah jenis undi-undi peminat ini, menciptakan segala macam anugerah. Cara sinikalnya, hingga senarai pemenang award terasa lebih banyak daripada jumlah pesakit kanser.

Sekarang ini, selain cerita sensasi bagi melariskan produk terutama drama bersiri, penerbit dan artis serta stesen TV mula meniru formula K-Pop. Nak dapat perhatian dalam perlumbaan, kenalah jaja kaw-kaw kisah cinta pasangan drama di media baharu.

Viral atau trending kisah acah-acah konon berjodoh sebab cinta lokasi akan memberi pulangan rating yang lumayan. Maka, berguling-gulinglah, cerita cinta rekaan di lokasi dilambakkan di media sosial.

Hero dan heroin akan berlagak poyos, konon couple paling bahagia. Atau acah-acah serasi dan mengharap peminat menyibuk doakan jodoh mereka. Umpan jenis ini mudah mengena untuk mencipta populariti singkat. Malah, ada kalanya, teori ini macam konspirasi berkontrak pula jadinya. Pakatan menjual rating antara stesen TV, penerbit dan artis itu sendiri.


Dalam dunia hiburan, jarang sangat kita nak jumpa benda cerdik. Makin bodoh banyaklah. Sekarang kisah rumahtangga sampai tahap belasah laki bini sampai pecah muka dan pecah pipi pun, boleh dipakai kalau dah terdesak tahap gaban untuk mencari perhatian.

Kalau dunia hiburan ibarat sungai, media sosial ibarat perangkap sampah yang penuh dengan berita sensasi artis gaduh sana-sini, atau mencari sensasi yang tidak keruan. Ia seperti kata P. Ramlee: “Macam Yahudi mabuk todi!” MYNEWSHUB.CC 

Kategori