Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Scream’ Cantas Kedudukan ‘Spider-Man:...

SELEPAS sebulan mengungguli cara box office, kedudukan "Spider-Man: No Way Home" akhirnya digantikan...

PERKESO, UPM Jalin Kerjasama...

PETALING JAYA : Sebagai peneraju dalam perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan...

Struktur Industri Khidmat Bekalan Air...

PUTRAJAYA - Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan dimuktamadkan hari ini yang...

Pembangkang Kukuh Selepas Ketiadaan...

KUALA LUMPUR - Ketiadaan PAS membuka peluang kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat...

Jemaah Sebak Doa Dibaca Imam Bantah ICERD

SEBAK… Suasana jemaah solat fardu Zuhur di Jalan Raja berdepan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur jadi hening seketika ketika imam membacakan doa selesai sembahyang.

Media tempatan anti-Pakatan Harapan (PH) melaporkan bahawa Imam Muhammad Ali Jamil kelihatan tenang membacakan doa namun dengan suara yang agak sebak selepas selesai memimpin solat berkenaan.

Melalui doa yang ringkas itu, beliau dikatakan turut memohon agar Allah SWT mencampakkan taufik dan hidayah kepada para pemimpin di negara ini agar menjadi manusia yang lebih beriman serta bertakwa.

“Kami berdoa di bawah langit-Mu, di bawah pancaran matahari-Mu yang terang benderang… Kau selamatkanlah himpunan kami pada hari ini, ya Allah,” kata Muhammad Ali lagi.

Jemaah kemudian mendirikan solat sunat hajat sebelum pengacara majlis iaitu Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamaruzaman Mohamad, mengendalikan majlis.


Untuk rekod Kamaruzaman juga merupakan anggota Jawatankuasa Pusat PAS. Beliau juga mengingatkan para peserta supaya berhemah dalam menjaga kebersihan dan keselamatan harta awam.

“Jika tuan-tuan nampak sampah, simpan dan bawa balik untuk dijadikan kenang-kenangan,” kata Kamaruzaman yang mungkin sindir himpunan haram Bersih anjuran badan pro-PH sebelum ini.

Dalam pada itu suasana di Masjid Negara dekat Dataran Merdeka penuh sesak ketika solat fardu Zuhur seolah-olah solat Jumaat apabila setiap ruang penuh dengan ribuan jemaah. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICERD

Kategori