Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila para...

Paris Perkenal Hari “Bebas...

PARIS - Paris melarang kenderaan persendirian berada di kawasan bandar raya itu selama...

Berselfie Tanpa Henti Hingga...

Kuala Lipis - “Kak Yong gembira pada Ahad lalu selain tidak berhenti berselfie...

Haramkan ‘Godus’ Permainan Video...

Kini, para peminat permainan komputer boleh bermain sejenis permainan yang memungkinkan anda unutk...

Jemaah Malaysia Terkandas Di Jeddah, Madinah

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 800 jemaah dari Malaysia terkandas di Jeddah dan Madinah, Arab Saudi berikutan arahan larangan kemasukan penerbangan dari Malaysia bagi membawa mereka pulang.

Seorang jemaah yang berada di Madinah, Azmir Mohamad, 28, berkata, sepatutnya penerbangan pulang jemaah ke tanah air melalui penerbangan jam 10 malam tadi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.55 tengah hari (hari ini) tetapi ia dibatalkan.

“Tiada makluman rasmi dikeluarkan pihak syarikat penerbangan dan ada antara kami terpaksa mendapatkan maklumat daripada sumber lain termasuk kakitangan penerbangan syarikat penerbangan berkenaan yang dikenali jemaah.

“Ini sesuatu yang amat dikesali kerana pihak syarikat penerbangan sepatutnya menggunakan media sosial yang lebih pantas untuk membuat makluman mengenai pembatalan penerbangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, masih tiada makluman rasmi mengenai pembatalan penerbangan pulang dan bila ia akan digantikan sehingga jam 7.30 malam (waktu Madinah).

Seorang lagi jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad Lutfi, berkata keadaan mereka terkandas itu diburukkan lagi dengan kelemahan pihak agensi yang tidak tidak berkomunikasi secara baik dengan jemaah.


“Keadaan tidak teratur dan tidak ada sistem. Komunikasi yang mudah pun mereka gagal tangani hingga kami terpinga-pinga kerana tidak diberi makluman mengenai status penerbangan.

“Kami dihantar ke hotel berdekatan dengan hotel penginapan sebelum ini tanpa sebarang makluman mengenai status penerbangan gantian, sekali gus menyebabkan ketegangan antara jemaah dan petugas, namun berjaya dileraikan,” katanya.

Semalam, Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan arahan menggantung kemasukan jemaah umrah dan ziarah Masjid Nabawi berikutan penularan COVID-19 termasuk jemaah dari Malaysia.

Difahamkan, berikutan arahan sementara itu, penerbangan bagi membawa pulang jemaah yang sudah berada di negara itu untuk menunaikan umrah dan menziarahi Masjid Nabawi turut terjejas. – BH Online

Kategori