Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Wanita Muslim Belanja Lebih...

KUALA LUMPUR - Lebih kurang 63 juta wanita Muslim berbelanja lebih daripada US...

Nelayan Asing Kaut Gamat...

KUALA TERENGGANU – Sekumpulan nelayan warga Vietnam didapati mengaut gamat kira-kira 6.5 batu...

Malaysia Airlines Catat RASK...

KUALA LUMPUR – Perolehan bagi tempat duduk kilometer (RASK) Malaysia Airlines naik dua...

Perpaduan Negara Kini Diancam...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak akhir-akhir ini perpaduan...

JDT Sepatutnya Tak Lepaskan Safawi

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sepatutnya tidak perlu melepaskan pemainnya termasuk Safawi Rasid untuk menyertai Kejohanan Sukan Asia Bawah 23.

Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards berkata, ia kerana kejohanan Sukan Asia Bawah 23 tidak termasuk dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bagaimanapun, katanya, Tunku Mahkota Johor telah membuat keputusan melepaskan pemain terbabit meskipun beliau mahukan pemain terbaik berada dalam pasukan terutama Safawi yang merupakan penjaring terbanyak.

Selain itu, kata beliau, keutamaan JDT adalah kepada liga sebelum ini, jika tidak, JDT tidak akan melepaskan tujuh pemain yang selalu terlibat dalam penggiliran pasukan itu.

“Baginda telah membuat keputusan untuk melepaskan mereka bagi mewakili pasukan kebangsaan.

“Oleh itu kami perlu menghormati keputusan tersebut dan bermain menggunakan beberapa pemain yang kami ada,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.


Safawi beraksi cemerlang membantu skuad negara mengesahkan tempat dalam pusingan kalah mati bola sepak Sukan Asia 2018 semalam.

Malaysia menumpaskan pasukan pilihan Korea Selatan yang diperkuatkan bintang Tottenham Hotspurs, Son Heung-min 2-1 dalam saingan Kumpulan E, Sukan Asia 2018 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.

JDT pula mencatatkan kekalahan mengejut kepada Kelantan 0-1 dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2018 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi. – MYNEWSHUB.TV

Kategori