Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berpolitik Guna Fakta Tepat...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Taufan Paling Kuat Badai...

TOKYO – Taufan paling kuat pernah membadai Jepun dalam tempoh 25 tahun tiba...

Bandar Raya Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah,...

Lebih Sejuta Peniaga Terima...

PUTRAJAYA - Lebih sejuta perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) akan menerima Geran...

JBPM Serah Segala Info Kes Cradle Fund Kepada PDRM

KUALA KUBU BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menyerahkan semua maklumat kepada Polis Diraja Malaysia berkaitan siasatan kes Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Amer Yusof, berkata semua maklumat itu akan digunakan pihak berkaitan sebagai bahan bukti dalam prosiding mahkamah membabitkan kes berkenaan.

“Kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan umum tentang kes tersebut kerana dikhuatiri akan mengganggu proses siasatan kes itu yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Saya tidak boleh beri komen, segala bukti sudah diberikan kepada polis, mungkin akan mengganggu siasatan kalau beri maklum balas.

“Tidak ada perjumpaan susulan (dengan PDRM dan mangsa). Lagipun, kes itu pun diklasifikasikan sebagai kes jenayah, kita beri ruang kepada PDRM untuk siasat,” katanya selepas hadir ke Majlis Tamat Latihan Kursus Sains Kebombaan Siri 1 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Timur, Kuala Kubu Bahru, di sini hari ini.

Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu.


Majlis yang diadakan hari ini bagi meraikan pentauliahan tamat latihan bagi 58 pegawai bomba JBPM.

Pegawai-pegawai ini diberi pelbagai latihan selama 150 hari bagi membekalkan mereka dengan pengetahuan asas ilmu kebombaan yang merangkumi teori dan praktikal seperti operasi kebombaan, penyiasatan dan undang-undang kebombaan dan misi mencari dan menyelamat sebelum mereka memakai uniform bomba.

Dalam perkembangan lain, Amer menjelaskan pertukaran jawatan dalam kalangan pegawai atasan baru-baru ini merupakan perkara biasa dalam mana-mana pentadbiran kerajaan dan bukannya akibat berlaku sebarang insiden.

“Pengarah-pengarah negeri yang ditukarkan adalah kerana kenaikan pangkat dan mengisi kekosongan jawatan. Naik pangkat. Gantikan yang telah berpencen,” jelasnya. – BERNAMA

Kategori