Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penggodam Curi Satu Bilion...

WASHINGTON - Yahoo mendedah perbuatan penggodam menyebabkan lebih satu bilion data penggunanya dicuri...

Status Di Instagram, Pakai...

GOSIP di antara penyampai radio Era, Radin dan Ayda Jebat sering diperkatakan dan...

Ismail Sabri Kekal Pertahan...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) malam ini mengumumkan beberapa menteri dan timbalan...

Tiga Lelaki Maut Dalam...

TELUK INTAN – Hasrat lima lelaki untuk meraikan ulang tahun kelahiran tidak kesampaian...

JAWI Diarah Bantu Urus Jenazah Pelajar, Guru, Tahfiz

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membantu menguruskan jenazah pelajar dan guru yang terkorban dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Dialog Antara Penganut Agama di Universiti Malaysia Sabah di sini hari ini, Jamil Khir berkata beliau perlukan maklumat lanjut mengenai kejadian itu sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk memperbaiki apa-apa kelemahan yang timbul.

“Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga (pelajar dan warden yang terkorban) dan melahirkan rasa dukacita yang amat mendalam dengan kejadian kebakaran ini,” katanya.

Sejurus merasmikan program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) itu, beliau bergegas untuk kembali ke ibu negara bagi melawat pusat tahfiz berkenaan, meskipun masih mempunyai satu lagi program yang perlu dihadiri di sini.

Setakat 10.30 pagi tadi, kebakaran yang berlaku kira-kira 5.15 pagi itu mengorbankan 22 pelajar dan dua guru. – BERNAMA

Kategori