Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lari Lintang Pukang Nampak...

CHEMOR – Niat seorang lelaki mencari tuan rumah yang ingin dibelinya terbantut apabila...

Ibu Campak Mayat Anak...

SEORANG ibu yang terlalu marah dan kecewa kerana anaknya menghidap anorexia, memasukkan mayat...

Yayasan Sabah Milik Rakyat...

SANDAKAN - Yayasan Sabah (YS) bukan milik individu, sebaliknya milik rakyat Sabah, kata...

Facebook Bertindak Tegas ‘Haram’...

RASANYA semua orang di Malaysia (kecuali yang tidak pernah langsung mengikuti isu semasa)...

Jawatankuasa Disiplin PKR Siasat Zuraida Hina Pemimpin

BALIK PULAU – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan bahawa aduan terhadap Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin tertinggi parti telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, Jawatankuasa Disiplin PKR yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Kasim sudah menerima aduan tersebut dan kini sedang meneliti kes itu.

“PKR akan serah sepenuhnya di bawah mandat Jawatankuasa Disiplin untuk membuat keputusan akhir. Sebarang keputusan akan ditentukan kelak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasaraya TF Value-Mart yang pertama di Pulau Pinang di sini.

Pada Disember lalu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin tertinggi parti ketika berucap pada majlis makan malam ‘Wawasan Kemakmuran Bersama’ di Kuala Lumpur.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkembangan proses siasatan kes itu sama ada proses pendengaran telah selesai atau sebaliknya.


Bagaimanapun, menurutnya keputusan siasatan itu bergantung kepada fakta kes sebelum sebarang keputusan boleh diputuskan.

“Tindakan disiplin yang boleh diambil sekiranya terbukti bersalah sama ada amaran, gantung atau pecat daripada parti,” katanya.

Kategori