Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Pesakit COVID-19 Turun...

KUALA TERENGGANU - Pengalaman dikuarantin selama 14 hari ketika menjalani rawatan COVID-19, telah...

Lima Filem Popular Tema...

SARJAN HASSANSarjan Hassan, filem peperangan menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941-1945.Produksi...

VIDEO: Wajah Sebenar Awek...

LUMRAH sebagai seorang wanita, alat solek atau mekap sememangnya sudah serasi dengan diri...

Lelaki Ini Hanya Gunting...

PEKERJAAN mengunting rambut boleh menjadi bosan buat si tukang gunting rambut. Demi menghilangkan kebosanan...

Jawatan TPM, Bongkar Matlamat Sebenar Kit Siang

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata pendedahan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai permintaan DAP untuk jawatan timbalan perdana menteri telah membongkar agenda dan matlamat sebenar penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Shahrizat berkata agenda dan matlamat itu adalah untuk memastikan DAP mengetuai Pakatan Harapan mengambil alih kuasa politik Melayu di Putrajaya.

“Pendedahan yang dibuat oleh Mahathir ini secara tidak langsung mengakui dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa Lim Kit Siang bakal pegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan jika pakatan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

“Kedua-dua jawatan ini pasti akan menjadikan Lim Kit Siang lebih berkuasa daripada (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir,” kata Shahrizat dalam kenyataan hari ini.

Katanya seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, PRU-14 sebenarnya pertandingan antara dua kuasa besar politik di Malaysia iaitu UMNO dan DAP.

Shahrizat berkata jika Barisan Nasional menang, UMNO akan terus mentadbir Putrajaya dan jika Pakatan Harapan menang, maka DAP pula akan mentadbir.

“Ternyata PRU-14 bukanlah medan untuk DAP mendahulukan rakyat tetapi merupakan alat untuk mereka menguasai politik Malaysia,” katanya.

Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata DAP mahu jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang menang PRU-14 akan datang.


Menerusi laman blognya pada Jumaat, bekas perdana menteri itu membuat pusingan U dengan memperbetulkan kenyataannya sebelum ini bahawa yang meminta jawatan berkenaan adalah MCA, bukan DAP.

Semalam, berucap pada majlis di Port Dickson, Najib menafikan bahawa MCA pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepada parti itu seperti yang didakwa Mahathir.

Sementara itu, Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata Dr Mahathir merupakan raja pusingan-U sementara Lim pandai mengambil kesempatan daripada situasi ini, tiada prinsip dan tidak mahu mengaku atas apa yang dikatakannya.

Chai berkata Mahathir tidak keruan dalam kenyataannya, bukan saja mengenai BR1M tetapi juga isu pelaburan China, malah kini jawatan timbalan perdana menteri yang didakwa diminta DAP dan kemudian ditukar kepada MCA pula. – BERNAMA

Kategori