Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

SPRM Cadang Pekeliling Baharu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan satu pekeliling baharu dikeluarkan kepada...

Wanita Kurung Diri Dalam...

BANGKOK - Seorang wanita Arab Saudi berusia 18 tahun yang melarikan diri daripada...

Stigma Masyarakat Terhadap Coklat...

RUPANYA masih ramai orang Malaysia terutama yang beragama Islam masih tidak boleh menerima coklat...

Umat Islam Perlu Terus...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahukan umat...

Jawatan PM: Mahathir Tidak Boleh Dipercayai – Syed Husin

KUALA LUMPUR – Seorang ahli politik veteran hari ini menggambarkan Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai selepas perdana menteri berkata dia mungkin ada tiga tahun lagi sebelum menyerahkannya kepada calon lain sebelum pilihan raya umum ke-15.

Bekas presiden Parti Rakyat Malaysia dan timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali secara terbuka mengatakan dia memang tidak pernah memegang cakap pengerusi PPBM itu.

“Dia cakap begini sekali, cakap begitu sekali. Saya memang tak boleh pegang cakap dia,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis memperingati bekas presiden PAS, Dr. Burhanuddin al-Helmy di Universiti Malaya hari ini.

“Sepuluh kali dia cakap, 10 kali dia punya jawapan,” tambahnya.

Mahathir dilapor berkata demikian dalam satu dialog bersama Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR) pada Khamis, program sampingannya dalam rangka lawatan kerja ke Amerika Syarikat seiring Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-74.

PRU-15 dijadualkan berlangsung pada 2023.

Mahathir yang dilantik menjadi perdana menteri selepas Pakatan Harapan menang PRU-14 pada Mei tahun lepas berkata dia akan berundur selepas dua tahun.

Bawah perjanjian antara parti komponen PH, Mahathir perlu menyerahkan kuasa kepada Anwar, pilihan pertama sebahagian besar parti komponen, tetapi tiada tarikh ditetapkan.

Syed Husin tertanya apakah Mahathir sudah menjadi pelupa, seperti sajak “Melayu Mudah Lupa” yang ditulisnya di Perhimpunan Agung UMNO 2001 semasa menjadi perdana menteri keempat.


“Kadang-kadang dia buat keputusan bersama dengan pimpinan PH tapi nanti dia akan buat benda lain, dia akan kata ‘saya lupa’,” katanya.

Syed Husin memberi amaran memberikan jawatan perdana menteri pada hujung-hujung penggal akan menyebabkan Anwar kesuntukan masa untuk merancang dan berkempen dan memulihkan kepercayaan rakyat.

“Kalau PRU-15 baru serah, itu nak membunuh PH. Anwar mesti bersedia sekurangnya dua tahun untuk mengatur pelbagai rancangan dan kempen,” katanya.

Ditanya mengenai tiada tarikh ditetapkan untuk peralihan kuasa, Syed Husin meminta pemberita melihat situasi sebelum PRU-14, mengatakan PH tidak tahu bila Anwar akan dibebaskan daripada penjara.

“Pada waktu itu dikatakan proses untuk Anwar bebas mengambil masa dua tahun. Tidak sangka bebas awal – dalam enam bulan sudah boleh berlaku,” katanya,

Anwar sebelum ini berkata beliau yakin akan menggalas jawatan perdana menteri pada 2020. – FMT

Kategori