Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri Disepak Sampai Mati...

HANYA kerana isterinya enggan melakukan seks, seorang lelaki Britain telah menendang wanita berkenaan...

6 Tanda Menakutkan Robot...

HOLLYWOOD telah banyak kali mengingatkan kita tentang kebangkitan robot dan kepintaran buatan yang...

Gaum Mahu Tindakan Tegas...

KOTA KINABALU - Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) menggesa pihak berkuasa mengambil...

Bayi Baru Lahir Dicampak...

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati di bawah...

Jawapan Mudah Kenapa Grab Akan Terus Jadi Pilihan

PEMANDU teksi yang menuntut supaya perkhidmatan kereta sapu Grab diharamkan sebenarnya tidak faham perkembangan dunia terkini, dan tidak keterlaluan dikatakan ketinggalan zaman.

Ketinggalan zaman bukan bermakna semata-mata gagal melihat realiti perniagaan dan penyediaan perkhidmatan pada zaman ini, tetapi juga kerana mengharap pihak kerajaan bertindak mengharamkan perkhidmatan Grab.

Isu Grab ini bukan isu ada pihak lain mahu merampas periuk nasi pemandu teksi, tetapi isunya ialah realiti kehidupan hari ini telah menyuburkan khidmat seperti Grab yang dijalankan melalui aplikasi dan menurut keperluan pengguna.

Bayangkan seseorang yang hendak mencari teksi semasa zaman sebelum muncul teknologi aplikasi kereta sapu di telefon genggam.

Dia perlu menunggu di mana-mana dan menelefon syarikat teksi dan memberi lokasi kedudukannya kepada syarikat teksi.

Ini memakan proses yang lama dan kelemahan (karenah) pihak pemandu teksi sendiri menyukarkan pengguna itu untuk ke destinasinya.

Syarikat seperti Grab masuk ke pasaran Malaysia kerana permintaan yang banyak daripada pengguna di sini, terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga pelancong.

Apa yang disediakan memang mengikut keperluan pengguna dan menepati kemudahan teknologi yang ada pada hari ini.

Khidmat seperti Grab bukan sahaja satu perkhidmatan kereta tetapi satu model baharu perniagaan yang meliputi juga penghantaran barang, bermakna Grab menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada pengguna dan lebih mudah.

Cabaran ini bukan semata-mata cabaran kepada teksi tetapi juga model-model perniagaan lain.

Pengguna Grab dapat beberapa kelebihan yang tidak diberikan oleh teksi, yakni khidmat yang mudah tanpa perlu bertanya sama ada pemandu sedia ke destinasi, panggilan yang mudah dan cepat melalui aplikasi dan tambang yang sudah dinyatakan sebelum khidmat diberi.


Tidak ada pelanggan yang rasional akan menolak kelebihan yang tersedia ini, selepas bertahun mengalami kesukaran khidmat teksi tanpa ada pilihan lain.

Kenapa tiga perkara mudah ini tidak dapat diperolehi daripada perkhidmatan teksi biasa? Hanya pemandu dan pengendali teksi yang boleh menjawabnya.

Ini sebahagian perubahan zaman yang tidak boleh dihalang oleh sesiapa termasuk kerajaan kerana khidmat seperti Grab ini juga satu perniagaan dan tidak masuk akal untuk sebuah kerajaan menutup negaranya daripada perniagaan ini.

Perubahan zaman juga dilihat melalui cara khidmatnya melalui aplikasi di telefon bimbit, yang menjadi tempat pengguna mendapatkan hampir semua keperluan dan kehendak pada zaman ini.

Daripada membeli barang dapur, membayar bil, hingga mendapatkan khidmat kereta sapu, aplikasi dalam telefon memudahkan pengguna.

Grab ialah sebahagian perkembangan ini yang memanfaatkan penggunaan aplikasi dalam telefon bimbit.

Pemandu teksi telah silap memandang isu Grab dari sudut persaingan kepada mereka semata-mata, dan mengharapkan kerajaan mengambil langkah ekstrem dan tidak masuk akal mengharamkan khidmat itu.

Perubahan dunia menyebabkan khidmat Grab diterima dan dijadikan alternatif kepada teksi konvensional. Khidmat ini boleh dikenakan peraturan lebih ketat, tetapi kelebihannya berbanding teksi amat ketara dan menyebabkannya terus menjadi pilihan ramai. – Mynewshub.tv

Kategori