Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

QZ8501: Bahagian Ekor Pesawat...

PANGKALAN BUN - Sebuah kapal peronda tentera laut Indonesia menemui apa yang kapten...

Osman Sapian Masih Ahli...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Kerajaan Selangor Disifatkan ‘Penghapus’...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor disifatkan sebagai ‘penghapus’ etnik Bugis oleh Persatuan Anak...

Kumpulan Pertama 489 Jemaah...

PETALING JAYA - Kumpulan pertama 489 jemaah haji Malaysia bakal berlepas ke Tanah...

Ops Yaman 2: Jawapan Bekas Menteri Lemah?

KUALA LUMPUR – Jawapan berkenaan isu Ops Yaman 2 oleh bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dianggap lemah dan penuh helah, kata Pengerusi Biro Antarabangsa PAN, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.

Beliau, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), berkata terdapat beberapa perkara yang dianggapnya lemah dan tidak munasabah antaranya sama ada penglibatan tentera Malaysia mendapat kebenaran Kabinet ataupun tidak.

“Pertama soalan saya adakah Kabinet dan Parlimen dimaklumkan tentang penglibatan (tentera negara) membantu Sekutu Arab Saudi serang Yaman, beliau (Hishammuddin) menjawab isu tersebut dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kebenaran Kabinet mesti diperoleh. Ia tidak dilakukan. Bukankah Parlimen juga badan yang paling berkuasa dan tertinggi di mana penglibatan dalam mana-mana peperangan dengan apa cara pun ia mesti di maklumkan. Ia melibatkan nyawa anggota tentera dan perbelanjaan wang negara,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Katanya, Hishammuddin juga tidak menjawab persoalan sama ada tentera Malaysia mengangkut peluru dan bahan letupan.

“Beliau hanya menyatakan tentera kita tidak memasuki Yaman tetapi ini tidak bermakna peluru dan bahan letupan bekalan Malaysia tidak menghujani Yaman dan membunuh rakyat mereka,” katanya.


Isu itu timbul apabila Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat Isnin lalu berkata beliau difahamkam Hishammuddin tidak dapat kelulusan Kabinet dari segi prosedur operasi standard untuk Ops Yaman 2.

Liew dilaporkan berkata pada asalnya anggota ATM telah diatur gerak untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Yaman, namun diubah kepada misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi.

Kerajaan Pakatan Harapan menghentikan operasi itu pada 4 September lalu dengan menarik balik pasukan ATM di Arab Saudi atas sebab tidak selaras dengan dasar berkecuali Malaysia.

Semalam, Hishammuddin, yang mengeluarkan kenyataan bagi menjawab berhubung isu yang dibangkitkan itu, berkata operasi itu mendapat kelulusan MKN. – BERNAMA

Kategori